.... Tentera Bakar Mayat Etnik Rohingya Sembunyi Bukti | AAKJ



Rakhine, Myanmar: Tentera Myanmar dan penduduk setempat telah mengumpulkan jenazah umat Islam Rohingya yang terbunuh lalu membakar mayat-mayat itu demi menutup kerja pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik minoriti itu, kata seorang peguam hak asasi manusia. 

Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa yang memantau keganasan di Rakhine berkata organisasinya telah mendokumentasikan pembunuhan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang nyawa di salah satu penempatan di rantau Rathedaung. 

“Sekurang-kurangnya 130 orang telah dibunuh. Walaupun pada hakikatnya jumlah yang terbunuh itu lebih dari angka tersebut,” tegas Chris Lewa. 

“Kami mendapati bahawa tentera Myanmar dan penduduk Buddha setempat telah mengumpulkan mayat Muslim Rohingnya yang telah dibunuh lalu membakar mayat mereka agar dapat memadamkan segala bukti,” katanya lagi. 

Menurut beliau, pasukan keselamatan Myanmar telah mengepung kawasan kampung dan kemudian menembak penduduk di situ secara rawak. 

Kali ini, lebih ramai penduduk Buddha turut bersama tentera Myanmar dalam menghapuskan Muslim Rohingya jika dibandingkan dengan keganasan yang berlaku pada bulan Oktober dan November tahun lalu. 

Difahamkan, jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh tentera Myanmar telah mengorbankan hampir 400 orang nyawa dalam kekacauan baru-baru ini. 

Menurut agensi pelarian PBB, kira-kira 73,000 orang meninggalkan kem pelarian dan telah melintasi sempadan ke Bangladesh sejak keganasan semakin meningkat pada 25 Ogos lalu. 

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Malala Yousafzai menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi agar mengutuk perlakuan “tragis dan memalukan” itu terhadap Muslim Rohingya.


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top