.... Siri TV ‘Coffee Prince’ Bernuansa Gay Yang Pertama Di Malaysia? | AAKJ



Malaysia bakal mempunyai siri tv hit bernuansa gay yang pertama di negara ini apabila drama bersiri Korea yang terkenal, ‘Coffee Prince’ bakal menemui peminat drama Malaysia dengan terhasilnya versi tempatan yang sedang menjalani penggambaran. 

Drama bersiri versi tempatan tersebut akan muncul di sebuah saluran tv utama Malaysia dengan membariskan dua pelakon popular Malaysia. 

Menurut laman sesawang dramafever.com drama Korea paling popular pada tahun 2007 tersebut berkisarkan kepada cinta songsang pemilik sebuah café kepada salah seorang pekerja lelakinya. 

Han Kyul seorang bujang tampan kepada keluarga yang kaya dengan bisnes hotel sering mengelak dengan memberikan seribu satu alasan apabila keluarganya mendesak agar beliau berkahwin. 

Beliau sanggup mengupah seorang lelaki Eun Chan supaya berlakon menjadi kekasih gaynya. 

Akhirnya, beliau benar-benar jatuh hati terhadap Eun Chan, yang sebenarnya adalah seorang gadis yang berpura-pura menjadi seorang lelaki. 

Tidak dapat dipastikan sama ada penerbit ‘Coffee Prince’ tempatan ada mengolah cerita tersebut untuk disesuaikan kepada norma-norma tempatan.

Menara


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top