.... Sinar Harian Perlu Tarik Balik Artikel | AAKJ



#SINAR_HARIAN_PERLU_TARIK_BALIK_ARTIKEL

Maklumat yang diberikan oleh Sinar Harian ini adalah palsu, berisiko tinggi dan jangan diamalkan!

Sebelum ini tersebar tentang kaedah rawatan awal stroke yang tidak sahih dengan cara mencucuk jarum ke hujung jari pesakit dan dialirkan darah dan saya pernah membidasnya.

Namun ia hanyalah maklumat2 picisan yang tersebar di dalam whatsapp saja dan tidak terbit di dalam media perdana.

Adalah merupakan satu jenayah kemanusiaan sebenarnya apabila media menyiarkan artikel yang memberikan maklumat yang berisiko tinggi yang boleh mengancam nyawa pesakit. Bayangkan dosa yang ditanggung sekiranya amalan ini diikuti dan ada nyawa yang terkorban! Apabila maklumat keluar di dalam media berpengaruh seperti Sinar, sudah semestinya ia akan dianggap betul dan diikuti oleh masyarakat yang jahil. Bukan kah ini mengundang bencana?

Stroke apabila mula timbul tanda2nya adalah merupakan penyakit yang berkadar dengan masa (time sensitive disease). Jika pesakit lewat dirawat di hospital maka semakin teruklah kerosakkan otak yang boleh berlaku kerana setiap detik oksigen tidak sampai ke otak, otak akan mati.

Apabila seseorang menunjukkan tanda2 penyakit stroke, ia ada 2 kemungkinan sebenarnya:

1. Berlaku sumbatan pada saluran darah otak. (Ischemic stroke).

2. Berlaku pendarahan di dalam otak. (Hemorrhagic stroke).

Satu2nya cara utk kita ketahui jenis stroke mana yang dialami oleh pesakit adalah dengan melakukan ujian imbasan otak CT scan.

Merendamkan pesakit ke dalam air batu dan garam tidak membantu langsung ketika serangan stroke. Ia malah melengahkan tempoh kritikal pesakit boleh mendapatkan rawatan.

Malah, jika pesakit terlalu sejuk (dek air batu), mereka akan mengalami hypothermia yang akan mengganggu fungsi pembekuan darah (coagulopathy) dan seterusnya memburukkan lagi stroke jika ia adalah merupakan hemorrhagic stroke. Pendarahan akan menjadi lebih banyak dan ini sudah pasti boleh membawa maut!

Dengan kemajuan sains perubatan moden, jika pesakit dibawa cepat ke hospital, terdapat pelbagai strategi perawatan yang boleh dilakukan di hospital termasuk dengan memberikan ubat mencairkan darah beku jika ia adalah jenis stroke ischemic.

Jadi, langkah yang sepatutnya anda lakukan apabila terlihat pesakit atau mengalami sendiri gejala stroke adalah mencapai telefon dan call 999.
Bukannya mencapai besen, air batu dan garam seolah2 mahu diberikan mandian Spa. 😒

Sinar Harian sebagai sebuah media berpengaruh sewajarnya bersikap lebih bertanggungjawab dan berhati2 dalam menyebarkan maklumat terutamanya maklumat kesihatan. Artikel tersebut perlulah ditarik balik, diakui kekhilafan dan perlu diterbitkan artikel baru yang sahih bagi tujuan rujukan orang ramai.

Bagi membaca lanjut tentang stroke dan kaedah rawatan awal yang sahih, bolehlah merujuk kepada artikel saya di link ini:

https://www.facebook.com/rahman.kadir.3/posts/10208596138845720

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir aka #DARK
Pakar Kecemasan dan Trauma




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Stroke ialah syaitan, ada hadis islam, syaitan dalam diri semua manusia, sayangnya bidaah dan kesesatan telah masuk dalam kehidupan, tiada ingatan terhadap Allah, subhanAllah

      ReplyDelete
      Replies
      1. Pernah terbaca stroke @ angin ahmar yer ker.? Ada ayat quran tertentu utk menghindarinya..

        Delete

     
    Top