.... Siapakah Perancang Utama Dan Meluluskan KWSP “Bailout” Bank Negara? | AAKJ




Apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia sekarang adalah siapa perancang utama keseluruhan dan siapa yang meluluskannya? Dalam kes MAS kita tahu. Menurut Tajudin, Mahathir dan Daim perancang utama perjanjian itu. Tetapi siapa perancang utama dan meluluskan penjualan saham TNB dan saham TM kepada KWSP dan kemudian menjualnya balik dengan kerugian yang besar dan menyembunyikan fakta bahawa KWSP digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dengan mengurangkan kerugian sebenar dari sebanyak RM31.5 bilion kepada RM5.7 bilion sahaja secara rasminya.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh peguam Tajudin Ramli, Lim Kian Leong & Co, pada 29 Jun 2012, Tajudin mendedahkan keadaan yang menyebabkan pengambilalihan RM1.8 bilion beliau pada 32% kepentingan dalam MAS pada tahun 1994. Dalam afidavitnya, Tajudin mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengarahkan beliau membeli saham tersebut di MAS untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian perjudian forex pada tahun 1994.

Tajudin berkata Mahathir dan Daim telah berulang-kali meyakinkannya bahawa dia tidak akan mengalami sebarang kerugian atau dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang timbul daripada pembelian saham MAS kerana beliau pada setiap masa hanya menjadi penama / ejen kerajaan. Tajudin diberitahu urus niaga itu adalah sebagai ‘khidmat negara’nya dan segala-galanya dinampakkan sebagai perjanjian komersil jangka panjang kerana kerajaan mahu membuat ‘keuntungan di atas kertas’ untuk menyembunyikan kerugian besar sebanyak RM31.5 bilion yang Bank Negara telah alami akibat perjudian di pasaran forex.



Tajudin mendedahkan Mahathir dan Daim menipu dalam penjualan MAS

Sejak Jun 2012 hingga sekarang, Mahathir dan Daim tidak pernah mempersoalkan atau mencabar keterangan Tajudin di mahkamah, yang dibuat dalam bentuk afidavit. Dan seperti Mahathir sendiri memberitahu Perdana Menteri Najib Tun Razak, jika anda tidak mempertikaikan tuduhan itu atau membuktikan bahawa tuduhan itu palsu, maka ianya harus menganggap tuduhan itu benar dan anda bersalah sebagai tertuduh.

Jadi, penjualan MAS kepada Tajudin adalah penjualan palsu. Dan ia hanyalah urus niaga di atas kertas untuk menampakkan bahawa kerajaan membuat keuntungan daripada jualan MAS, yang kemudiannya diimbangi dengan kerugian Bank Negara sebanyak RM31.5 bilion dalam perjudian di pasaran forex. Dan ini telah disahkan di mahkamah dan tidak pernah dipertikaikan atau dicabar oleh Mahathir dan / atau Daim.



Adakah Kit Siang masih mahu Mahathir menjawab terhadap tuduhan yang beliau telah menyebabkan MAS bankrup?

Sekarang, pada tahun 1994, apabila semua ini berlaku, Anwar Ibrahim sudah menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jadi Anwar bukan sahaja tahu tetapi dia juga sangat mengetahui keseluruhan penipuan ini.

Dan bukan sahaja Anwar terlibat dalam penipuan untuk ‘menjual’ MAS kepada Tajudin supaya mereka dapat mereka ‘keuntungan di atas kertas’ bagi ‘mengurangkan’ kerugian yang dialami oleh Bank Negara, Anwar juga terlibat dalam penyenaraian Tenaga Nasional Berhad (TNB ) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dan perancangan ini juga merupakan perancangan penjualan aset negara untuk membuat keuntungan bagi menampung kerugian RM31.5 bilion yang dialami oleh Bank Negara.

Pada asasnya, penjualan keseluruhan MAS dan penyenaraian TNB dan TM adalah untuk mencipta keuntungan berbilion, yang akan digunakan untuk ‘mengurangkan’ kerugian Bank Negara daripada RM31.5 bilion kepada hanya RM5.7 bilion. Dan untuk melakukan ini mereka perlu membuat keuntungan sebanyak RM25.8 bilion. Dan keuntungan ini akan datang daripada penjualan saham MAS dan penyenaraian TNB dan TM.

Tetapi itu akan dapat diterima sekiranya penjualan MAS adalah betul dan penyenaraian TNB dan TM sebenarnya memberikan keuntungan kepada KWSP. Apa yang terjadi bukannya kerajaan “merompak Peter untuk membayar Paul” namun seluruh rancangan itu hanyalah untuk menyelamatkan Bank Negara dan menyelamatkannya daripada muflis. Pada dasarnya, KWSP digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dan untuk itu berlaku keuntungan KWSP yang perlu dipindahkan ke Bank Negara. Anda “merompak Peter dan membayar Paul”.

RCI baru-baru ini diberitahu bahawa Bank Negara secara teknikalnya telah bankrap. Dan itu kerana kerugiannya ialah RM31.5 bilion. Jika hanya RM5.7 bilion, sebagaimana Kabinet dimaklumkan, Bank Negara dapat bertahan dan tidak akan bangkrup. Tetapi kerugiannya ialah RM31.5 bilion dan bukan RM5.7 bilion, yang terlalu besar dan Bank Negara tidak mempunyai rizab yang mencukupi untuk bertahan dengan jumlah itu.



BACA SETERUSNYA DI SINI:

Anwar Lied At The RCI Hearing

The MAD Trio Of Mahathir-Anwar-Daim Behind The RM32 Billion Forex Disaster

RM5.7 Billion Lost Gambling So Where Is RM25.8 Billion More?

EPF Paid For Bank Negara’s RM31.5 Billion Losses

Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir menghadiri pendengaran RCI pada hari Anwar dipanggil untuk memberi keterangan. Mahathir bimbang Anwar mungkin mendedahkan kebenaran di sebalik ‘bailout’ Bank Negara dan akan memberitahu RCI bahawa Bank Negara kehilangan RM31.5 bilion dan bukan RM5.7 bilion. Lebih buruk lagi, Mahathir bimbang Anwar akan mendedahkan bahawa jualan MAS dan penyenaraian TNB dan TM adalah untuk membuat keuntungan di atas kertas untuk ‘mengurangkan’ kerugian Bank Negara.

Apa yang berlaku ialah Anwar memperuntukkan sebahagian besar saham TNB dan TM kepada KWSP, yang semestinya, KWSP perlu membayar pada harga penyenaraian RM5.00 dan RM4.50 sesaham. Ini bererti KWSP mengalami kerugian yang besar dari pelaburan ‘besar’ ini. Berbilion-bilion keuntungan yang dibuat oleh Bank Negara kemudiannya diimbangi dengan kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion supaya kerugian dapat dikurangkan kepada hanya RM5.7 bilion.

Oleh itu, pendeposit KWSP kehilangan keuntungan puluhan bilion keuntungan supaya kerajaan boleh berbohong kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa Bank Negara hanya kerugian RM5.7 bilion dan bukan RM31.5 bilion. Tetapi hari ini RCI berjaya mengungkapkan kebenaran.

Apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia sekarang adalah siapa perancang utama keseluruhan dan siapa yang meluluskannya? Dalam kes MAS kita tahu. Menurut Tajudin, Mahathir dan Daim perancang utama perjanjian itu. Tetapi siapa perancang utama dan meluluskan penjualan saham TNB dan saham TM kepada KWSP dan kemudian menjualnya balik dengan kerugian yang besar dan menyembunyikan fakta bahawa KWSP digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dengan mengurangkan kerugian sebenar dari sebanyak RM31.5 bilion kepada RM5.7 bilion sahaja secara rasminya.



Ketiga-tiga mereka ‘merompak Peter untuk membayar Paul’ atau mencuri dari KWSP untuk menutup kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion

Anwar pastinya terlibat kerana peruntukan saham TNB dan TM, yang lazimnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan, telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan. Dan Anwar sendiri memutuskan peruntukan saham TNB dan TM. Semua orang di dalam kerajaan pada masa itu tahu mengenainya dan ada yang menunggu giliran yang panjang di luar pejabat Anwar yang ingin bertemunya untuk cuba masuk mereka ke dalam senarai yang akan diperuntukkan saham TNB dan TM.

Ramai kroni ABIM Anwar pada masa itu sangat kecewa. Ada yang memohon satu juta saham tetapi sama ada diberikan hanya 10,000 atau tidak menerima apa-apa. Anwar memberitahu mereka bahawa sebahagian besar akan diberikan kepada KWSP. Tidak dinafikan saham itu diberikan kepada KWSP tetapi KWSP tidak mendapat apa-apa kerana mereka ‘menjual’ saham itu pada kos supaya Bank Negara boleh membuat keuntungan tersebut.

Tetapi ini bukan pelan Anwar seorang sahaja. Dia tidak dapat membuat keputusan itu untuk mengambil alih kuasa peruntukan saham daripada Kementerian Perdagangan, yang mempunyai jawatankuasanya tersendiri, dan melakukannya dengan sendirian. Dan dia juga tidak boleh memutuskan untuk memperuntukkan berbilion saham TNB dan TM kepada KWSP. Dan dia tidak dapat mengarahkan KWSP untuk membeli dan menjual saham-saham ini supaya Bank Negara boleh membuat keuntungan dengan mengorbankan KWSP melainkan dia mendapat kelulusan dari atasan. Terdapat terlalu banyak perkara yang berada di atas daripada kedudukan jawatan Anwar.

Dalam kes MAS, Mahathir dan Daim berada di belakangnya. Sekiranya Anwar keluar dan secara rasminya mengumumkan bahawa dia secara bersendirian ‘merompak’ keuntungan berbilion-bilion KWSP bagi keuntungan saham TNB dan TM, kita perlu mengandaikan bahawa Mahathir dan Daim juga berada di belakang penipuan saham TNB dan TM.

Tetapi kita perlu tahu apa yang dikatakan haiwan bernama Anwar Ibrahim. Anwar adalah seorang yang boleh mengatakan satu perkara kepada satu penonton dan sebaliknya. Jadi Anwar tidak mampu untuk mengatakan kebenaran dan tidak boleh dipercayai. Pada 30 Julai 2009, The Economist menerbitkan artikel bertajuk “Malaysia’s chameleon: The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician’ (BACA DI SINI).

Jadi, ia menggambarkan Anwar dan bagaimana “he can run with the hare and hunt with the hounds” dan akan menjadi “partner-in-crime” Mahathir dan Daim apabila ia sesuai dengannya dan berpaling tadah ketika ia berpihak kepadanya. Oleh itu marilah kita melihat sama ada Anwar “menjual” Mahathir dan Daim dan mendedahkan bahawa kedua-dua mereka berada di belakang rancangan untuk menggunakan KWSP untuk menyelamatkan Bank Negara menerusi ‘membeli dan menjual’ saham TMB dan TM.



Malaysia Today

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Who Masterminded And Approved The EPF Bailout Of Bank Negara?. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top