.... Rohingya Bakal Terhapus Seluruhnya? | AAKJ





Puluhan ribu pelarian Rohingya terperangkap di perbatasan ke Bangladesh tanpa makanan dan ubat di tengah operasi tentera Junta Myanmar, yang telah membunuh ratusan pelarian tersebut.

Foto-foto satelit yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch Sabtu lalu menunjukkan mereka terdesak untuk melarikan diri – seluruh kampung dibakar dan berlaku pertempuran antara tentera Myanmar dan militan tempatan.

Lebih daripada 73,000 pelarian Rohingya kini melarikan diri dari sempadan sejak 25 Ogos, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Ahad.

Memetik artikel CNN, di utara negeri Rakhine terdapat laporan mengenai sekurang-kurangnya 30,000 Rohingya yang terperangkap di kawasan berbukit tanpa bekalan makanan asas, air atau ubat, menurut para aktivis.

Rohingya, merupakan minoriti Islam di Myanmar. Negara tersebut kebanyakan rakyatnya beragama Buddha. Ethnik Rohingya dianggap sebagai orang yang paling dianiaya di dunia.

Myanmar, juga dikenali sebagai Burma, menganggap mereka Bangladeshi dan Bangladesh mengatakan mereka orang Burma.

Ini adalah kali kedua dalam masa kurang daripada setahun tindakan keras tentera mengusir mereka secara besar-besaran.



Mereka tidak dapat menyeberangi sungai Naf ke Bangladesh dan takut untuk kembali ke rumah mereka. Aktivis Rohingya mengatakan para pelarian terkandas antara bandar Maungdaw dan Rathedaung.

Video yang diberikan kepada CNN oleh aktivis menunjukkan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak terkandas di atas gunung, dikelilingi oleh hutan tebal, tinggal di tempat perlindungan sementara yang diperbuat daripada kayu dan kepingan.

“Kehidupan manusia yang paling terdedah kepada bahaya ini mesti diselamatkan dengan segera tanpa berlengah-lengah,” kata pengarah eksekutif Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma, Kyaw Win dalam satu kenyataan.

Pelarian yang terperangkap hanya sebahagian daripada sekurang-kurangnya 100,000 Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari rumah mereka sejak 25 Ogos, selepas pasukan bersenjata memulakan “operasi pembersihan” di seluruh negeri Rakhine.

Kerajaan Myammar menyalahkan “pengganas” yang memulakan keganasan. Militan Rohingya dikatakan membunuh 12 pegawai keselamatan dalam serangan dua minggu lalu, menurut media Myammar.
PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top