.... PRU14: Mahathir Akan Tanggung Semua Perbelanjaan Pakatan Harapan? | AAKJ



Adakah anda hairan apabila Mahathir dilantik sebagai pengerusi pakatan pembangkang? 

Tidak terfikirkah anda, sebagai sebuah parti yang baru ditubuhkan dan ahlinya pun agak kabur jumlahnya, Mahathir di letakkan di jawatan yang utama setaraf dengan jawatan Anwar yang sedang merengkok di dalam Penjara Sungai Buluh kerana meliwat pekerjanya sendiri.

Untuk rekod, jumlah ahli parti Mahathir sehingga ke hari ini tiada jumlah rasmi yang berani mereka nyatakan dan walaupun sudah setahun berlalu, parti Mahathir belum pun mengadakan mesyuarat agung yang pertama. Jawapannya mudah - kalau dibuat mesyuarat agung maka agenda utama adalah "membentangkan jumlah ahli" dan ini bakal memalukan Mahathir.

Kit Siang sedang membina empayar politik keluarganya
Jadi kenapa Mahathir dilantik ke jawatan tertinggi parti setaraf dengan Anwar dan Kit Siang (walaupun Kit Siang tiada di dalam struktur Pakatan Harapan)?

Kita semua tahu bahawa Kit Siang bukannya bodoh di dalam politik apatah lagi beliau mahir mempergunakan individu yang boleh memberikan pulangan terbaik kepada DAP. Contohnya Anwar, walaupun peliwat dan merengkok di dalam penjara namun demi sedikit undi dari orang Melayu, Kit Siang kekal meletakkan Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan.

Namun satu perkara Kit Siang juga ada bodohnya, terlupa dengan kemahiran Mahathir - senjata "Tak Tahu" yang bakal mengecewakan Kit Siang apabila Mahathir perolehi apa yang beliau hajatkan.

Kit Siang mungkin tidak pernah belajar seni politik binatang yang Mahathir amalkan. Berjanji manis apabila belum mendapat sesuatu dan akan membuang anda apabila hajatnya tercapai - Anina Saadudin berkata menerima layanan setaraf dengan binatang oleh Mahathir dan kerana itulah beliau mengambil keputusan keluar daripada parti Mahathir. 

Juga berlaku kepada Naib Presiden parti Mahathir, Datuk Hamidah - juga umumkan keluar dari parti yang menyedut kederat ahlinya tanpa rasa belas kasihan. BACA di SINI.

Mahathir membina kekayaan dari mana?
Malah sebelum daripada Anina, sudah terlalu ramai ahli parti Mahathir dari pelbagai jawatan telah lari meninggalkan Mahathir kerana faktor kewangan. Mahathir mungkin ada menjanjikan sesuatu kepada mereka namun biasalah taktik Mahathir, jawapnya adalah "bila saya berjanji" atau "Saya tidak tahu bila saya berjanji.." atau pelbagai helah lagi dan akan menyalahkan orang lain.

Kit Siang sepatutnya melihat bagaimana yang terbaharu Mahathir mula melepaskan tengkoknya dan menuding jari kepada orang lain ketika memberi keterangan di dalam skandal duit rakyat hilang RM 30 bilion di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang sudah pun berakhir beberapa hari lepas.

Dan apa yang Mahathir buat kepada ahli partinya sendiri seperti yang tersebut di atas. Kit Siang juga bakal tertipu dan akan menyesal apabila meletakkan Mahathir di jawatan tertinggi pakatan pembangkang. Lim Kit Siang bakal melakukan kesilapan sepertimana pemimpin parti Mahathir yang telah pun meninggalkan parti Mahathir itu.

Kesemua mereka ini tersenarai antara sebagai individu terkaya di Asia dan dunia
Apakah Lim Kit Siang tertipu dengan janji manis Mahathir? 

Apakah Mahathir berjanji akan membiayai keseluruhan perbelanjaan gabungan pembangkang di dalam pilihanraya umum akan datang, PRU ke 14? Dan ini yang memukau Kit Siang dan terus membuat keputusan melantik Mahathir ke jawatan tertinggi pakatan pembangkang?

Mungkin Kit Siang percaya dengan cerita kekayaan Mahathir dan anak-anaknya seperti yang dilaporkan bukan sahaja oleh media tempatan tetapi oleh majalah-majalah ekonomi terkemuka dunia. 

Berapa nilai kekayaan Mahathir dan anak pinaknya? Dan kekayaan mereka kita tidak pertikaikan namun gambaran kekayaan yang Mahathir cuba pengaruhi Kit Siang berbeza dengan janji manis Mahathir. Ianya dua perkara berbeza. Baca di SINI.

Malah Mahathir mungkin telah berbincang dengan Kit Siang untuk menipu kesemua pengundi dengan "membeli" saja undi. Ini berikutan gerakerja ceramah oleh pakatan pembangkang semakin hambar tidak mendapat sambutan dari rakyat. Jalan terbaik, berjanji merasuah wang ringgit dan apabila menang, jawapan terbaik adalah "tidak tahu".

Mahathir pandai berjanji dan lebih pandai mungkiri janji. 

Kalau dengan ahli parti sendiri Mahathir begitu kedekut, bagaimana Kit Siang mudah tertipu dan bagaimana rakyat bakal tertipu kelak?

Kalau anda yakin Mahathir akan gunakan harta kekayaan beliau dan anak-anaknya - anda silap! Selama ini harta siapa yang Mahathir guna untuk kemewahan beliau dan anak cucunya?

Sehingga kini Mahathir turut gagal untuk menjelaskan kepada rakyat, dari manakah kekayaan yang beliau dan anak-anaknya perolehi.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top