.... Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Turut Terlibat Burukkan Perkhidmatan Kesihatan Negara? | AAKJ



Dari Abdul Rahman Abdul Kadir:

#TEGURAN_BUAT_PRESIDEN_MMA

Amat menyedihkan apabila Presiden MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) juga turut menari mengikut paluan gendang pihak yang beragenda memburukkan perkhidmatan kesihatan negara.

Disiplin perubatan amat mementingkan kesahihan dan pembuktian sebelum merawat. Ia dipanggil Evidence Based Medicine. Jika sesuatu kaedah rawatan atau ubat adalah terbukti bermanfaat dan selamat, barulah ianya akan digunakan. Jika tidak, ia akan ditolak.

Anda adalah Presiden MMA. Seorang doktor. Basic yg patut anda tahu sebagai doktor adalah verification of information (menentu-sahkan maklumat).

Anda tidak sepatutnya begitu ghairah apabila diminta memberi pendapat oleh media sehingga mengulas isu yang anda bukan ahlinya dan anda tiada informasi sahih berkenaannya.

Apatah lagi kisah yang apabila dibaca sekali imbas sekalipun akan kita tahu ia adalah karut sama sekali spt adanya insiden polis suruh mangsa kemalangan cuci jalan raya dan wajib bayar sebelum dirawat bagi pesakit kritikal.

Tak salah anda hendak mengulas secara teori tetapi anda boleh katakan yang anda tidak percaya perkara ini mungkin terjadi. It is utterly absurd la Mr President. Even a donkey can tell that.

Dari membuat kenyataan yang lebih menambahkan masalah dan memburukkan persepsi awam terhadap KKM, lebih baik anda diam dari memberi komen atau meminta mereka merujuk terus kepada Datuk Dr Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai individu paling berautoriti memberi pendapat.

Anda mungkin sudah terlalu lama di perkhidmatan swasta sehingga anda juga turut terpengaruh dengan persepsi jahat yang dilemparkan kerana anda tidak tahu akan transformasi perkhidmatan kesihatan yang begitu drastik dilakukan oleh pihak kerajaan pada zaman ini.

Mujur anda tidak diminta mengulas mengenai isu pembelian ambulans yang kecoh bulan lepas.
Mungkin anda akan turut sama mempercayai berita palsu berkenaan dan menjadi liabiliti kepada KKM.
Saya tidak boleh bayangkan kerosakan reputasi KKM yang mungkin terjadi.

Contohilah pengamal perubatan dan pihak hospital Singapura. Singapura juga ada Presiden Persatuan Perubatan di sana. Walau isu ini dimainkan dengan dahsyat di sana, tiada seorang pun dari kalangan mereka yang memberi kenyataan awam yang menyalahkan atau memburukkan perkhidmatan kesihatan Malaysia kerana mereka tahu kejadian sedemikian adalah mustahil.

Janganlah kita lebih sudu dari kuah.

With great power comes great responsibilities.
Jawatan tinggi bermakna tanggungjawab juga semakin besar.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir aka DARK
Doktor marhaen yang mencintai negara.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top