.... Presiden Hindu Sangam Setuju DBKL Tolak Pesta Arak | AAKJ



Presiden Hindu Sangam Malaysia bersetuju dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh penganjur Better Beer Festival 2017. 

Menurut Datuk RS Mohan Shan, beliau bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh DBKL kerana penganjuran pesta arak tersebut bertentangan dengan ajaran agama yang mengharamkan pengambilan alkohol oleh penganutnya. 

Selain itu, Datuk RS Mohan juga berkata bahawa pesta arak secara terbuka tidak patut berlaku demi keamanan negara. 

“Program seperti itu (Better Beer Festival) tidak sepatutnya berlaku secara terbuka kepada orang ramai demi menghormati keamanan negara. 

Mereka boleh melakukannya secara senyap-senyap (tertutup) di pub-pub, bar-bar, okay la. If they want to openly buat di kalangan orang ramai, open program macam itu, sepatutnya tidak berlakulah.” 

“Kalau you sudah ambil arak berlebihan, so you out of control yourself. Bila seseorang itu out of control, boleh berlaku macam-macam kejadian yang tidak diingini seperti perbuatan tidak bermoral.” 

Tambahnya lagi, semua pihak perlu menghormati pandangan setiap agama dan penganutnya. “Di Malaysia ini, kita mesti menghormati semua agama. 

Apabila sesuatu agama itu (penganut) tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh sekumpulan itu, kita ada hak untuk mengeluarkan perasaan, pandangan.” 

Baru-baru ini, DBKL menolak permohonan penganjur untuk mengadakan Better Beer Festival yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara. 

Keputusan tersebut mendapat bantahan dan tentangan daripada beberapa pihak yang mendakwa bahawa keputusan tersebut akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara dan ada juga yang menuduh DBKL menjadi jaguh agama.


Menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top