.... PM Najib Meeting Apa Hanya 30 Minit - Keldai Pembangkang | AAKJ



Dari garis masa facebook Saiful Bahari Baharom:

Ada mamat keldai kata, "Meeting apa besar sangat hanya 30 minit."

Itulah...

Orang yang dunia kecil, tidak tahu buatlaa cara tak tahu. Buatlah cara humble, bertanya, belajar. Ini sombong, bongkak pulak.

Di dalam dunia hal-ehwal kerajaan, terutamanya yang melibatkan hubungan antara negara, ada mesyuarat peringkat "working-level" atau peringkat pegawai-pegawai dahulu.

Di peringkat ini, akan di persetujui bersama isu-isu yang akan angkatkan ke peringkat menteri-menteri. Di peringkat pegawai, butiran-butiran mengenai satu-satu isu itu di leraikan bersama kedua-dua belah pihak.

Hala perjalanan secara dasarnya bagaimana sesebuah negara hendak membawa isu itu di beri guidance oleh Ketua Kerajaan negara tersebut dan akan di zahirkan di peringkat kementerian masing-masing oleh menteri masing-masing.

Setelah di persetujui di peringkat menteri baru di bawa kepada peringkat Presiden atau Perdana Menteri.

Maka, apabila kedua-dua (atau lebih) ketua kerajaan bermesyuarat, segala butir-butiran mengenai sesuatu isu telah di persetujui atau di tolak bersama, dah 90%-95% kaotim.

Di mesyuarat besar-besar di peringkat tertinggi, mereka tidak berbincang berjam-jam.

Mamat keldai ni jer yang tidak cukup ilmu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top