.... PM Najib Bertemu Trump 12 Sept, Pembangkang Jadi Gila | AAKJ



Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa isu berkaitan etnik Rohingya kepada perhatian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika pertemuan pada minggu hadapan.

“Ya, saya mungkin akan bawa perkara ini kepada beliau (Trump),” jawab Perdana Menteri ketika ditanya pihak media sekiranya beliau memaklumkan presiden itu berhubung isu Rohingya ditindas rejim Myanmar ketika ini.

Najib pada masa sama mengulangi pendirian rasmi kerajaan Malaysia bahawa hak etnik minoriti Muslim di Myanmar itu perlu diperjuangkan masyarakat antarabangsa dan pihak kerajaan terus komited dalam hal tersebut.

“Ini merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada hari ini,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat komponen parti tersebut di PWTC di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut Najib berkata, isu berkenaan antara topik perbincangan semasa lawatan kerja beliau ke negara tersebut selain bakal membincangkan isu antikeganasan, rundingan bilateral, pelaburan dan keselamatan serantau.

“Kita mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memperjuangkan isu Rohingya yang kita anggap sebagai isu kemanusiaan dan bukannya isu keagamaan. Pendirian BN dalam perkara ini juga malah adalah jelas.

“Ini juga dengan mengambil kira bahawa ada demonstrasi aman yang dilakukan selepas solat Jumaat hari ini mengikut lunas undang-undang, kita akan mengemukakan pendirian kita daripada rakyat,” tegas beliau lagi.

Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC atas jemputan rasmi Presiden Trump pada 12 September depan di White House sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berkenaan.

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan media berkata pertemuan antara dua pemimpin itu adalah untuk mempertingkatkan jalinan diplomatik yang erat Malaysia dan AS sejak enam dekad. – Agensi/Mynewshub

Aakj: Bagaimana agaknya muka pemimpin pakatan haram jadah dan lembu-lembu mereka dengan pertemuan PM Najib dengan Trump di Amerika nanti ya..

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top