.... Pesta Arak Tukar Nama, Lulus? | AAKJ



Majlis Perbandaran Klang (MPK) meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman di daerah itu, tetapi melarang penganjur menggunakan perkataan “Oktoberfest”. 

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis. 

“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini. Katanya, walaupun mendapat bantahan 2 ahli MPK daripada PAS, iaitu Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam, aktiviti berkenaan tetap diluluskan pihaknya. 

Yasid dalam mesyuarat bulanan MPK semalam berkata, kelulusan itu diberikan kepada Centro Mall kerana ia adalah acara persendirian yang diadakan di premis persendirian dan turut mendapat sokongan sebahagian ahli MPK lain. 

Centro Mall di Klang pernah mengadakan aktiviti seperti itu sejak beberapa tahun lalu, termasuk “Centro Mall Prost! German F&B Fest” pada Oktober 2016. 

Hasil semakan di Facebook dan laman web Centro Mall bagaimanapun mendapati pusat beli-belah itu belum mempromosikan pesta berkenaan, setakat ini. 

Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan alasan “sensitiviti politik” untuk menolak permohonan MyBeer Malaysia untuk menganjurkan Festival Better Beer 2017 di Galeri Beli-belah Publika pada 6 hingga 7 Oktober ini. 

Ia disusuli pengesahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada 21 September lalu yang polis tidak menyokong penganjuran acara itu kerana mendapat maklumat wujud ancaman militan untuk mensabotaj festival itu dan beberapa pihak merancang menimbulkan kekacauan. 

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top