.... Patutlah Mahathir Dikeluarkan Dari UMNO, Allah Maha Tahu | AAKJ



Allah Maha Tahu, Maha Mengetahui.

Bukan sekali Mahathir dikeluarkan dari UMNO dan Mahathir dibawa balik ke dalam UMNO yang berakhir dengan beliau keluar dan tubuhkan parti baru. Berapa kali Allah swt bagi peluang dia di dalam UMNO? 


Setiap yang terjadi ada hikmah yang Allah swt ingin tunjukkan. Terserah kepada kita ingin melihatnya dari sisi mana. Yang pasti dari sisi kebaikan kerana hikmah Allah bukannya bertujuan untuk keburukan hambaNya.

Skandal Forex Bank Negara yang mengakibatkan hilangnya duit rakyat sebanyak RM30 bilion. Satu angka yang bukannya kecil pada tahun kejadian itu. Menurut pakar ekonomi, jumlah kehilangan wang rakyat tersebut kalau dinilaikan di saat dan ketika ini adalah menghampiri RM100 bilion.

3 individu penting yang diheret ke RCI, berapa kali Anwar menipu di dalam parlimen tentang kehilangan wang rakyat dengan jumlah yang besar ini?
Apa hikmah terbongkarnya skandal kehilangan duit rakyat RM30 bilion ini? Dan apa hikmah Mahathir diheret dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubungan dengan skandal kehilangan wang rakyat tersebut? Dan apa kena mengena dengan UMNO BN?

Jawapannya mudah. 

Proses perbicaraan Mahathir di atas skandal kehilangan wang rakyat RM30 bilion hikmahnya adalah bukan untuk mencari salah siapa tetapi ingin tahu siapa mereka sebenarnya dan sekiranya diberi peluang lagi memerintah Malaysia - hancur leburlah negara ini.

Mahathir diheret ke perbicaraan skandal kehilangan duit rakyat RM30 bilion ini adalah untuk membuktikan siapa Mahathir dan bagaimana Allah selamatkan UMNO daripada terus menjadi alat kepada manusia yang bernama Mahathir dan kuncu-kuncunya termasuk proksinya, tokey-tokey besar.

Bayangkan selama 22 tahun Allah bagi Mahathir peluang memerintah negara dan berkuasa ke atas kesemua menteri kabinetnya. Mana-mana menteri yang tidak ikut arahan atau cuba menegurnya maka bakal berakhir samada dipecat atau ke dalam ISA sebagai tahanan.

UMNO BN tidak bersalah, yang bersalah dan bahaya kalau dibiarkan memerintah negara ini adalah Mahathir dan Allah swt tunjukkan perancanganNya Maha sempurna - Mahathir dikeluarkan dari UMNO supaya UMNO kekal terbaik.

UMNO bukan agama, UMNO adalah parti terbaik untuk umat Melayu dan bumiputera dan ianya tunjang kepada perjuangan untung nasib bangsa. UMNO adalah platform. Allah selamatkan UMNO BN.

Perjalanan UMNO selama ini kalau anda perhatikan, mana-mana pemimpin yang cuba mempergunakan UMNO BN untuk kepentingan diri - Allah swt akan keluarkannya dengan pelbagai cara.

Lim Ktt Siang hampir 20 tahun menyerang Mahathir dalam isu kehilangan wang rakyat RM30 bilion ini
Tidak perlu untuk aakj cerita panjang lebar apa yang terjadi hari ini apabila Mahathir dipanggil untuk membela diri. Beliau dengan mudah menjawap bahawa beliau tidak tahu kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan bahawa pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) secara aktif dalam urus niaga mata wang asing pada tahun 1980-an, tanpa pengetahuan beliau.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan Malaysia apabila berpindah tangan kepada Mahathir, Kit Siang dan kuncu-kuncunya melalui pakatan pembangkang.

Kalau wang rakyat hilang RM30 bilion ketika tahun tersebut pun beliau boleh jawab tidak tahu, bagaimana dengan wang rakyat boleh dijamin selamat apabila mereka berkuasa kelak?

Itu yang terbaru - Skandal duit rakyat hilang RM30 bilion melalui Bank Negara, dia jawab tak tahu, sebelum ini - Perwaja, MAMINCO, MAS dan Memali pun sama - TAK TAHU!

Kalau anda serahkan nasib nyawa rakyat Malaysia kepada manusia yang tidak tahu maka bersedialah anda untuk hidup ketaktahuan!

Mahathir juga tidak tahu bahawa "Kita merancang dan perancangan Allah Maha Sempurna".


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top