.... Pakai 'Mop Jamban' Di Kepala, Kaedah Terakhir Pakar Strategi Pakatan Halang Cerita Kejayaan PM Najib | AAKJ



Kemuncak kepada usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kejayaan adalah memakai mop lantai dan pegang plakad kononnya untuk menganjing atau menghina kejayaan lawatan rasmi kerja PM Najib ke Amerika bertemu dengan Presiden Trump.

Paling memalukan adalah kerana yang paparkan idea ini kepada ahli-ahli parti masing-masing adalah yang memegang jawatan Pengarah Strategi parti. Lebih teruk daripada Rafizi yang juga pernah memegang jawatan tersebut dan kerana kebodohannya merancang strategi untuk partinya maka Rafizi dipecat dari jawatan tersebut.

Rasanya tidak perlu perkenalkan mereka kerana ahli parti mereka sendiri pun tidak pernah mengenali mereka dan kesemua yang di atas itu tidak pernah ada jasa bukan sahaja kepada ahli partinya sendiri malah kepada rakyat Malaysia pun.

Bagi lembu dan keldai DAP, ini bukan pertemuan rasmi...
Antara usaha meremeh dan mengalihkan perhatian rakyat berhubung dengan kejayaan lawatan kerja PM Najib dibuat oleh Rafizi:

1. Walaupun beliau bukan lagi pengarah strategi PKR tetapi demi kekalkan kebodohannya, Rafizi menimbulkan isu "masa". Kalau penting sangat pertemuan PM Najib dan Trump kenapa ianya berlangsung dalam masa tidak sampai sejam? Jawapannya ada di sini - PM Najib Meeting Apa Hanya 30 Minit - Keldai PembangkangDan Rafizi malu sendiri kerana tidak berjaya perbodohkan rakyat malaysia.

2. Warna tali leher - kalau tidak bodoh bukan pembangkang namanya. Mereka juga turut menjadi ahli nujum politik dengan mengatakan warna tali leher yang dipakai oleh Trump 'signal' samada pertemuan tersebut penting atau sebaliknya. Ketika pertemuan PM Najib dan Trump, dan bagi pakar-pakar strategi politik pembangkang, warna biru yang dipakai Trump menunjukkan ianya pertemuan yang tidak penting.

Dan banyak lagi usaha yang dilihat "tiada harapan" untuk pakatan pembangkang mengalihkan cerita kejayaan PM Najib meletakkan Malaysia di peringkat global terutamanya dalam sektor ekonomi dan keselamatan serantau.

Warna tali leher turut dijadikan bahan untuk menyerang PM Najib
Malah apa yang lebih teruk daripada itu, pemimpin parti pembangkang gagal menunjukkan sikap matang di dalam memainkan peranan sebagai sebuah parti pembangkang yang betul-betul profesional. Mereka masih berada di tahap paling bawah sekali dan tidak setara kalau di bandingkan dengan parti Barisan Nasional.

Gagal teruk apabila cuba mengelirukan rakyat dan juga ahlinya sendiri dengan menggunakan isu "kenapa guna wang KWSP" dan kenapa melabur di luar negara.

Pembangkang sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat dengan mempolitikkan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Malaysia Airlines (MAS) di Amerika Syarikat (AS).

Mereka seperti tidak pernah membaca berita sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya, mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa KWSP sudah pun membuat pelaburan berjumlah AS$7 bilion di dalam pasaran ekuiti AS dan mempunyai perancangan untuk menambah pelaburan hingga AS$3 bilion.

Mereka juga mungkin tidur selama menjadi wakil rakyat. Sejak beberapa tahun lalu, KWSP mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan bahawa mereka sudah mempelbagaikan pelaburan di luar negara. Pembangkang tidak faham apa itu 'mengurangkan risiko dan memaksimumkan pulangan'.

Saiz dana KWSP yang begitu besar, beliau berkata, pelaburan asing adalah suatu keperluan dan bukan hanya sekadar pilihan. Setakat suku pertama 2017 jumlah aset pelaburan KWSP mencecah RM747 bilion, yang mana nilai pasaran semua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah sekitar RM1.7 trillion.

Sepanjang dua tahun lalu, KWSP secara khususnya menyebut bahawa pulangan pelaburan luar negara yang memberangsangkan membolehkannya memberi dividen yang baik walaupun berdepan dengan pasaran domestik yang perlahan. 

Ia mengejutkan apabila ahli politik pembangkang seolah-olah tidak sedar dengan perkara ini.

Malah wakil rakyat dan pemimpin pembangkang seperti tidak pernah tahu langsung bagaimana menguruskan ekonomi negara dan bagaimana untuk menambahkan pulangan dalam bentuk dividen yang tinggi kepada pencarum.

Wakil rakyat pembangkang juga rupanya tidak tahu bahawa di negara lain ianya sudah lama diamalkan.

Baca juga di SINI.

Bukan Malaysia sahaja yang pandai menguruskan pelaburan di dalam dan luar negara, kita mempunyai pakar pelaburan yang setanding dengan negara maju juga
Pembelian pesawat penerbangan MAS

Berhubung pelaburan MAS yang bakal membeli pesawat Boeing bukanlah perkembangan atau berita baharu.

Pada Julai 2016, sudah dilaporkan secara meluas bahawa MAS sudah memeterai perjanjian untuk membeli 50 buah pesawat Boeing 737 MAX dengan pesanan untuk 25 pesawat dan hak untuk membeli 25 lagi pesawat di dalam urus niaga yang dinilaikan sejumlah AS$5.5 bilion pada harga disenaraikan.

Pada Ogos yang lalu, media melaporkan dengan kejayaan penstrukturan semula MAS dan pertumbuhan memberangsangkan, ia berada di dalam perbincangan mendalam untuk membeli 30 buah pesawat Boeing 786 atau pesawat Airbus untuk membolehkan MAS terus mengembangkan laluan udara dan perniagaannya. 

Malangnya wakil rakyat pembangkang sibuk berceramah maka apa saja perkembangan negara mereka tidak tahu malah mengabaikan pengundi dan rakyat di kawasan sendiri adalah satu kebiasaan bagi mereka.


Sesungguhnya kita merancang dan perancangan Allah Maha Sempurna!


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top