.... Nor Mohamed Lindungi Mahathir | AAKJ



‘Nor Mohamed lindungi Dr M’

Tulisan asal oleh:

Soo Wern Jun, New Straits Times, 12 September 2017

Bekas penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop nampaknya melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keterangan beliau dalam Suruhan Siasatan Diraja yang sedang dijalankan ke atas kerugian pertukaran asing yang berlaku semasa 1990-an, dakwa Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Bekas penasihat Bank Negara itu berkata beliau sukar untuk mempercayai Nor Mohamed, yang memberitahu RCI bahawa beliau tidak mendapat arahan langsung daripada Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

“Beliau semestinya telah diberikan kuasa yang sepenuhnya untuk campur tangan dalam pasaran tanpa sebarang halangan,” kata Tunku Aziz.

“Kuasa untuk melanggar semua peraturan mestinya datang daripada Gabenor kerana ianya tidak boleh dipercayai bahawa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu akan memberikan Nor Mohamed arahan secara langsung.

“Walaupun begitu, arahan beliau semestinya datang daripada Gabenor. (Tetapi) Gabenor tidak akan berani untuk bertindak bersendirian tanpa persetujuan tersirat daripada Perdana Menteri,” katanya di sini.

Tunku Aziz berkata kerugian perdagangan itu berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati amanah yang diberi.

“Saya merujuk kepada hakikat bahawa terdapat penyalahgunaan amanah. Sikap tidak menghormati amanah yang diberi telah membawa kepada skandal ini,” kata Tunku Aziz.

Dalam keterangannya, Nor Mohamed telah mengesahkan kerugian forex yang berlaku dibawah pengawasannya dan bahawa Bank Negara telah membayar harga yang terlalu tinggi untuk berdagang dalam mata wang asing pada awal 1990-an.

Beliau mengakui bahawa BNM telah “tersalah baca pasaran” dan “bertanggungjawab sepenuhnya” ke atas kerugian yang ditanggung.

“Kerugian forex itu telah berlaku. Ia tidak boleh dinafikan. Kebertanggungjawapan saya ke atas kerugian forex itu tidak boleh dinafikan.

“Saya menerima kebertanggungjawapan saya ke atas kerugian forex itu dan meletakkan jawatan dari BNM,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top