.... Mufti Perlis Terima Hadiah Atau Rasuah? | AAKJ




Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?

Jawapan SPRM:

Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A PP 3/98. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. ( Rujuk Para 7 PP 3/1998 ) Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. ( Rujuk Para 8 PP 3/1998 )

Jadi boleh anda bayangkan seorang Mufti Perlis bernama Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) yang dulu terpalit dengan skandal NGO IQ Malaysia kerana meminta sumbangan derma dan jual meja RM30k- juga kes tanggungan penerbangan/penginapan (yang juga bertentangan pekeliling penjawat awam) kini bermegah pula menerima hadiah sebuah motosikal dan nombor plate DM424 (DMAZA).

Apa motif Dr Maza menunjuk hadiah? Bermegah? Itu jika kita katakan penjawat awam yang menerima hadiah yang tiada kaitan dengan tugas rasminya. Bagaimana pula jika si pemberi hadiah nombor pendaftaran itu bersekali dengan motosikalnya seorang berkepentingan atau pernah berurusan dengan tugas mufti itu? jadi menjadi isu siapa sahabat yang memberi hadiah itu? Dr Maza perlu jelaskan dan SPRM perlu siasat perkara ini!.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 1998 Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan hadiah dalam Perkhidmatan Awam jelas menjelaskan takrif hadiah dan juga hadiah yang boleh diterima atau tidak.

Dalam konteks hadiah yang diterima oleh Dr Maza nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi? berapakah harga motor dan harga nombor pendaftaran itu? RM 500 atau melebihi? Apakah Dr Maza dalam keadaan seperti terima hadiah dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai?

Tidak bukan? Jadi mengapa terima hadiah? Sila telitikan












Nampak tak? Hadiah susah payah Motor dan nombor pendaftaran DM424 dicari diberi kepada Dr Maza dianggap sebagai hadiah ikhlas. Pemberian ikhlas seperti yang Dr Maza katakan tidak sama dengan pekeliling perkhidmatan serta konsep rasuah dari pandangan Dr Maza Mufti Perlis itu. Rasuah tetap rasuah pak Mufti?Ia sangat bertentangan dengan pekeliling pemberian dan penerimaan hadiah.




Sekarang mari kita bertanya sekali lagi dengan Dr Maza rasuah Motosikal dan nombor pendaftaran DM424 siapa sahabat beri dia, nama sahabat itu?apa kepentingan sahabat itu beri hadiah? Dan apakah beliau setuju bahawa beliau melanggar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 1998 Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan hadiah dalam Perkhidmatan Awam?

Kepada pihak di luar sana mohon melaporkan kepada SPRM dan mohon SPRM menyiasatnya!




PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Masterdedah.com dengan tajuk asal APABILA MUFTI PERLIS TERIMA HADIAH RASUAH MOTOSIKAL DAN NOMBOR DM424 (DMAZA)!. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top