.... Malaysia Bantu Ekonomi USA? | AAKJ






Dari garismasa facebook Tuan Haji Saiful Bahari Baharom:

MALAYSIA BANTU EKONOMI USA????

Tidak kurang ramai juga yang mengelakkan DS Najib kerana mengatakan Malaysia membantu ekonomi USA.

Mereka ini sebenarnya tidak faham arus perjalanan ekonomi dunia sekarang.

Secara makronya, mungkin mereka tidak tahu akan kata pepatah ekonomi "Apabila Amerika bersin, Asia/Malaysia akan demam".

Pepatah ini memberi makna jika ekonomi Amerika lembab, maka yang dapat tempiasannya adalah negara-negara Asia juga.

Amerika Syarikat adalah destinasi eksport Malaysia yang tiga terbesar (selepas Cina dan Singapura) dan juga perlu di maklumkan juga, terdapat peratusan yang besar eksport kita ke Cina dan Singapura akan akhirnya di jual ke Amerika juga.

Antara dasar falsafah ekonomi yang memangnya "holds true" masakini dan lebih lagi di masa hadapan adalah "Prosper Thy Neighbour" di mana dengan membantu rakan jiran kita adalah juga in our self interest to do so.

Apakah self-interest Malaysia dalam membantu ekonomi USA?

Tahukah anda berbilion Ringgit duit simpanan EPF dan wang amanah rakyat yang di pegang oleh Khazanah Nasional di laburkan di USA?

Kalau untung pelaburan-pelaburan ini, siapakah juga yang dapat habuannya? Bukan rakyat Malaysia?

Dalam pengumuman hari ini, MAS akan membeli kapalterbang Boeing berjumlah USD4 bilion. Kos operasi dan penyelenggaraan pesawat-pesawat Boeing baru ini adalah 20%-30% lebih efisyen dari pesawat-pesawat MAS yang ada.

Maka, MAS akan menjadi lebih profitable. Siapa yang untung? Bukankah Malaysia juga?

Cukuplah dua contoh di atas untuk menjelaskan latarbelakang dasar "Prosper Thy Neighbour" ini.

Dunia akan bertambah kecil. Dari segi praktikalnya, for all intents and purposes, hubungan ekonomi kita dengan US adalah jauh, jauh lebih penting dari jiran kita seperti Brunei atau Vietnam. Walaupun secara fisikal, USA bukanlah jiran kita tetapi dari segi perhubungan perdagangan, kewangan, aktiviti komersil, transfer of knowledge and technology, talian hubungan kita dan USA sememangnya jauh lebih tinggi.

Kalau anda yang tidak tahu-menahu tentang hal-ehwal ekonomi mungkin tidak lojik Malaysia membantu ekonomi Amerika Syarikat tetapi itulah hakikatnya.

Inilah caranya untuk menjalinkan hubungan yang win-win kepada kedua-dua belah pihak.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Pernahkah pelaburan Malaysia yang untung?

      ReplyDelete
      Replies
      1. klau tk untung mcm mn plk kwsp blh bg dividen kt kau , subsidi yg dpt tu kau ingt blh jd ckp hnya dgn duit pmbyr ckai je ke , yg petronas tu tk pnh untung ke

        Delete
    2. Minyak Naik setiap minggu ..untung apa gini

      ReplyDelete
    3. Minyak Naik setiap minggu ..untung apa gini

      ReplyDelete

     
    Top