.... Mahathir Tuduh Najib Rasuah Trump | AAKJ



Malah, ini adalah apa yang MAS mahu lakukan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri tetapi beliau menolak cadangan tersebut. Daripada memajak pesawat Mahathir meminta MAS untuk membelinya secara langsung. Mengapa Mahathir tidak bersetuju dengan idea memajak pesawat? Kenapa Mahathir mahu MAS membelinya secara langsung? Sekiranya anda memajak mereka, ia akan menjadi satu perjanjian ‘bersih’ tetapi apabila anda membelinya, anda boleh wujudkan faktor sogokan. Adakah itu sebabnya mengapa Mahathir tidak bersetuju MAS memajak pesawat dan sebaliknya dia mahu MAS membelinya secara langsung?
Pada awal 2015, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa RM42 bilion wang 1MDB telah lesap atau hilang begitu sahaja dan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah orang yang mencurinya. Ianya telah dibuktikan satu pembohongan dan sejak itu Mahathir tidak lagi bercakap tentang 1MDB lesap RM42 bilion lagi. Pada 25hb September 2017, Mahathir mendakwa bahawa Najib menyogok Presiden Donald Trump untuk mendapatkan jemputan ke White House dan dia mengaitkan perolehan pesawat baru MAS sebagai rasuah tersebut.

Cerita karut yang Mahathir terus putar belit dengan harapan dia dapat menyingkirkan Najib dan meletakkan anak lelakinya di atas ‘takhta’ Putrajaya adalah sangat membimbangkan. Pada satu ketika dalam hidup ini, anda perlu berhenti mempercayai Santa dan ‘pari-pari gigi’ tetapi kelihatan seperti Mahathir masih hidup dalam dunia fantasinya walaupun pada peringkat umurnya. Mahathir nampaknya begitu banyak pengetahuan tetapi ketika ditanya mengenai wang Bank Negara yang berjumlah RM31.5 bilion hilang entah kemana, dia sangat sedikit tahu mengenainya dan tiba-tiba terkena penyakit amnesia.

Pandangan bahawa Trump memerlukan pemimpin asing untuk menyogoknya tidak masuk akal. Bapa Donald Trump, Frederick Christ Trump Sr., telah kaya raya pada masa ayah Mahathir, Kutty Mohamad Sr., mengajar bahasa Inggeris di sekolah kawssan hulu di kampung Melayu. Trump bukanlah apa yang mereka panggil di Amerika Syarikat sebagai ‘pewaris kekayaan baru’. Trump adalah ‘pewaris kekayaan lama’ dan, dalam hierarki pewaris kekayaan, pewaris kekayaan baru seperti keluarga Mahathir dianggap kelas kedua.

Donald Trump, seperti ayahnya Frederick, adalah dermawan. Ini bermakna mereka memberikan jutaan dolar ke atas sebab yang sepatutnya. Adakah Mahathir mengatakan bahawa Trump memberikan berjuta-juta dolar dan kemudian mengambil rasuah dari pemimpin asing berhubung urusniaga yang mereka lakukan? Seterusnya Mahathir mungkin akan memberitahu kita bahawa Santa dan pari-pari gigi benar-benar wujud.



Bagaimanapun, pesawat yang MAS akan perolehi tidak dibeli secara langsung. Mereka akan dipajak. Sekiranya anda membelinya secara langsung maka elemen sogokan mungkin wujud. Tetapi apabila anda memajak mereka bagaimana wujudnya faktor sogokan? Adalah mengejutkan bahawa seseorang yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak tahu perkara mudah seperti ini.

Apa yang berlaku ialah MAS memberitahu syarikat pemajakan apa yang mereka mahu. Konfigurasi dan spesifikasi dipersetujui dan syarikat pajakan akan berurusan dengan pengilang. Apabila pesawat sudah siap, katakan tiga tahun kemudian, mereka akan dihantar dan barulah MAS akan mula membayar kos pajakan bulanan. Pada akhir tempoh pajakan, katakan lima tahun, MAS kemudian boleh mengembalikan pesawat itu dan mengambil yang baru. Oleh kerana teknologi berubah begitu cepat, adalah logik untuk memajak peralatan anda dan kemudian menukarnya kepada yang baru selepas tempoh pajakan tamat.

Malah, ini adalah apa yang MAS mahu lakukan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri tetapi beliau menolak cadangan tersebut. Daripada memajak pesawat Mahathir meminta MAS untuk membelinya secara langsung. Mengapa Mahathir tidak bersetuju dengan idea memajak pesawat? Kenapa Mahathir mahu MAS membelinya secara langsung? Sekiranya anda memajak mereka, ia akan menjadi satu perjanjian ‘bersih’ tetapi apabila anda membelinya, anda boleh wujudkan faktor sogokan. Adakah itu sebabnya mengapa Mahathir tidak bersetuju MAS memajak pesawat dan sebaliknya dia mahu MAS membelinya secara langsung?

Dalam blognya pada 25 September, Mahathir berkata, “MAS tidak dapat lupuskan enam A380 yang tidak digunakan.” Pertama sekali, ketika Mahathir berkata “yang mana tidak digunakan” di mana buktinya? Berapa jam penerbangan yang telah mereka lakukan sejak dibeli? Dan apa ukuran yang digunakan oleh Mahathir untuk membuat kesimpulan pesawat-pesawat ini hampir tidak digunakan?



Semua syarikat penerbangan bertukar ke pesawat yang canggih dan baru ketika Mahathir sibuk komplen apabila MAS melakukan perkara yang sama
Sejak bila MAS telah cuba lupuskan pesawat tersebut? Bagaimana cara MAS cuba lupuskannya? Adakah MAS mengiklankannya di akhbar? Adakah MAS melantik ejen jualan untuk menjualnya? Adakah MAS menghubungi 50 syarikat penerbangan yang berlainan di seluruh dunia yang menawarkan kepada mereka pesawat lama MAS? Atau adakah Najib memanggil Mahathir dan berkata, ‘Jika anda tahu sesiapa yang ingin membeli pesawat lama sila beritahu saya kerana MAS mahu menjual pesawat lama mereka dengan murah dan kami menghadapi kesukaran untuk menjualnya?’

Mahathir membuatnya kelihatan seperti MAS terdesak dan tidak berjaya dalam usaha melupuskan enam pesawat A380s. Tetapi Mahathir tidak menunjukkan apa-apa bukti atau membuktikan apa yang dia katakan. Dia hanya menuduh dan kita dijangka akan percaya apa yang dia katakannya. Dan pertamanya jika MAS telah menyewa pesawat itu, seperti yang mereka telah merancang, dan tidak membelinya secara langsung, seperti bagaimana Mahathir mahu, mereka tidak akan, seperti yang dikatakan oleh Mahathir, menghadapi kesukaran untuk cuba menjualnya.

Kenapa Mahathir membeli pesawat itu jika MAS tidak memerlukannya? Mahathir berkata pesawat itu sangat jarang digunakan bermakna ia tidak banyak digunakan sejak hari mereka membelinya. Mengapa membelinya? Dan kenapa mereka membelinya secara langsung dan bukannya memajak mereka? Adakah MAS tidak dapat mengelakkan masalah cuba melupuskannya, seperti yang dikatakan oleh Mahathir, jika mereka telah memajak bukannya membeli secara langsung?

Sekiranya pesawat-pesawat itu dipajak bukannya dibeli secara langsung, tidakkah ia lebih baik kerana bukan sahaja anda tidak akan terjebak dengan pesawat yang “anda tidak dapat lupuskannya”(seperti kata Mahathir) tetapi anda juga menghapuskan kemungkinan wujudnya rasuah? Tidakkah wujud bahaya rasuah dari sogokan apabila anda membeli pesawat secara langsung sedangkan ketika anda memajak mereka hampir mustahil untuk berlakunya sogokan? Dan inilah sebabnya mengapa Mahathir berkeras untuk membeli pesawat-pesawat tersebut secara terang-terangan bukannya menyewakan mereka kerana terdapatnya sogokan?



Mahathir bankrupkan MAS dan mengubahnya daripada sebuah syarikat yang ‘kaya tunai’ kepada syarikat malapetaka kerugian sebanyak RM8 bilion
Dan Mahathir akan berkata MAS tidak memerlukan pesawat baru apabila semua syarikat penerbangan lain yang lebih berjaya dan yang berada di kalangan sepuluh teratas semuanya terbang dengan pesawat baru dengan ciri-canggih terkini? Ramai orang kini tidak lagi terbang dengan MAS kerana pesawat mereka buruk, tidak seperti Emirates, Etihad, Qatar Airways, dan sebagainya, yang semuanya menggunakan pesawat sanggih.

Bahagian blog Mahathir yang lebih menarik ialah perenggan terakhir: “Semua ini akan menjejaskan MAS. Adakah kita akan melihat satu lagi kegagalan syarikat penerbangan nasional? “Mahathir mengakui bahawa MAS berada dalam masalah sebelum ini tetapi kini bertambah baik apabila dia menggunakan istilah ‘satu lagi kegagalan’. Ini bermakna MAS telah menghadapi satu pusingan kegagalan dan Mahathir mengatakan ini akan menjadi pusingan kedua.

Pusingan pertama kegagalan ialah ketika Mahathir mengarahkan Tajudin Ramli membeli MAS untuk membuat ‘keuntungan di atas kertas’ untuk menutup bencana forex Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion. Ini dinyatakan dalam dokumen mahkamah yang diajukan oleh Tajudin.



Inilah yang kita panggil terbang dengan selesa
Juga, menurut dokumen mahkamah, MAS adalah syarikat “cash-rich” sebelum Tajudin mengambil alih. Tetapi pada masa itu, kerajaan terpaksa membeli saham-saham tersebut dengan harga dua kali ganda dari nilai sebenarnya, kira-kira RM8 bilion telah rugi begitu sahaja. Ya, dari syarikat penerbangan yang “cash-rich” hampir satu bilion ringgit kepada syarikat yang mengalami kerugian besar sebanyak RM8 bilion hanya kerana Mahathir.

Hakikatnya bahawa Mahathir mengakui MAS sudah melalui satu pusingan kegagalan adalah bagus. Dan hakikat bahawa Mahathir mengakui MAS telah pulih juga bagus. Tetapi masalah yang dihadapi oleh MAS adalah kerana Mahathir. Dan jika MAS benar-benar mahu pulih dan menjadi kompetitif sekali lagi, seperti pada masa lalu, ia perlu bersaing dengan syarikat penerbangan lain. Dan untuk itu, ia memerlukan pesawat baru dan canggih. Tiada siapa yang akan terbang MAS jika masih menggunakan pesawat antik.

Dan pesawat A350 baru akan dipajak, tidak seperti pesawat A380s yang lama yang dibeli oleh Mahathir dan yang kini mengeluh, mereka mendapati sukar untuk melupuskannya. Dan ini adalah cara yang lebih baik dan murah untuk memperolehi pesawat dan apabila pajakan berakhir, seperti yang dikatakan oleh Mahathir, ada masalah untuk cuba melupuskannya – ditambah anda boleh mengemas kini armada anda dengan teknologi terkini. Hari ini, teknologi lebih daripada setahun sudah tua dan lima tahun menjadikannya antik. Dan anda mengatasi ‘masalah’ itu dengan pajakan. Tetapi, anda tidak boleh mendapatkan sogokan seperti ketika Mahathir membeli pesawat-pesawat itu untuk MAS ketika dia menjadi Perdana Menteri.

Malaysia Today






PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Mahathir Alleges Najib Bribed Trump. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top