.... Mahathir Mungkin Akan Lakonkan Semula 'Walkabout' Naik MRT | AAKJ




Kekok, nampak berlakon dengan muka tebal dan jelasnya pasukan media dan promosi imej Mahathir gagal dalam program yang kononnya ingin nampak Mahathir bersahaja di tempat awam seperti yang dilakukan oleh PM Najib - 'walkabout'.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, selama itulah program Mahathir bersama rakyat di lihat begitu berjaya dan ianya amat berbeza pada cuti hari Isnin yang lalu apabila Mahathir dilihat kehilangan atau mungkin mula ditinggalkan 'pasukan medianya' sendiri.

Perbezaan ketara tersebut membuktikan siapa bersama Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bukti betapa kejayaan Mahathir di mata rakyat Malaysia selama ini adalah kerja berpasukan UMNO BN dan bukannya oleh Mahathir sendirian semata-mata.

Kenapa rakyat tidak 'menghampiri' beliau suami isteri?
Mana pergi pasukan media Mahathir yang bertaraf 'Datuk'? 

Mana kehebatan promosi mereka sehinggakan nampak Mahathir seperti tidak dikenali langsung dan tiada rakyat datang bersalam waima untuk 'berselfie' atau berswafoto dengan pasangan yang memerintah negara selama 22 tahun.

Siapa tidak kenal dengan Datuk Kadir Jasin yang begitu celupar menghina PM Najib dengan kenyataan bodoh-bodoh lembu beliau. 

Siapa tidak kenal dengan Zam Maidin yang berpangkat Tan Sri - bekas Menteri dalam kabinet Kerajaan BN, beliau juga tanpa gagal sentiasa mengkritik PM Najib dengan kenyataan yang hapak dan lebih bodoh dari Kadir Jasin.

Kenapa kedua mereka yang kononnya otai dalam media gagal membantu Mahathir mendekati rakyat. Kecoh pada cuti umum Isnin yang lalu betapa Mahathir malu kerana kemunculan beliau di MRT tidak langsung mendapat sambutan dari apa juga bangsa yang ada di dalam MRT dan juga di stesen MRT tersebut.

Gambar berbicara, menjadi bahan sindiran dan jenaka netizen 
Kedua panglima media Mahathir yang bergelar Datuk dan Tan Sri itu wajar dipersalahkan kerana maruah Mahathir suami isteri begitu teruk dipersendakan oleh netizen hampir di kesemua platform media sosial yang ada di negara ini.

Kalau tanya orang lama, dulu Mahathir naik kereta tanpa buka cermin tingkap yang 'full gelap' pun orang sanggup berdiri di tepi jalan. Malah kalau Mahathir tidak lambaikan tangan dari kenderaaannya pun rakyat kekal setia berhujan dan berpanas di tepi jalan demi menyambut beliau sebagai pemimpin mesra rakyat.

Apa sudah jadi?

Mungkin Mahathir akan buat lakon semula walkabout ini.

Mungkin Mahathir kena pertimbangkan untuk membuang kedua Datuk dan Tan Sri kononnya otai media tetapi hanya pandai menhasilkan serangan bertaraf sampah terhadap PM Najib.

Mungkin juga Lim Kit Siang dan DAP akan mengambil alih sebagai penasihat Mahathir.

Segalanya mungkin!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top