.... Kit Siang Sanggup Melutut Supaya PAS Kembali Jadi Haiwan Tunggangan DAP? | AAKJ




DAP melalui bos besar dan anak bos besar mereka - Kit Siang dan Guan Eng tiba-tiba sahaja bagaikan hilang skil strategi politik mereka yang selama ini dilihat menguasai parti apa saja di blok pembangkang.

Sikap ego mereka kedua beranak ini nampaknya terpaksa disimpan untuk sementara kerana yang penting adalah berlakon sebaik mungkin supaya matlamat menguasai parti pro pembangkang berjaya.

Lim Kit Siang dikatakan menggunakan Azmin Ali untuk memujuk Hadi Awang agar kembali ke pangkuan pakatan pembangkang buktinya DAP tidak mengecam Azmin Ali seperti rakan-rakan dalaman PKR dan komponen parti pembangkang yang lain mengecam Azmin kerana 'memandai'. BACA di SINI.

Kit Siang tidak kecoh apabila Azmin dan Wan Azizah bertemu dengan Hadi Awang
Kit Siang dan Guan Eng cukup takut pertembungan 3 penjuru apabila melawan Barisan Nasional di PRU ke 14 kelak. Sejarah membuktikan peluang pembangkang amat tipis sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru. Dan kerana itulah maka pakatan pembangkang yang dipimpin oleh DAP dilihat akhir-akhir ini umpama sanggup melutut merayu agar PAS kembali berjuang bersama mereka.

Mungkin pertimbangan Kit Siang dan Guan Eng berdasarkan kisah lalu bahawa PAS mempunyai sejarah pendirian 'kluk klek' - mudah dipujuk. Kalau dahulu PAS sanggup buang slogan keranat politik mereka - Negara Islam dan Hudud demi untuk bersama DAP, mungkin lagi sekali PAS akan tunduk dan menyerah diri kepada DAP demi janji manis yang bakal diberikan oleh DAP kepada mereka.

Mungkin juga lagi sekali DAP akan berlakon bahawa mereka sangat menyokong dengan RUU 355 sepertimana DAP pernah bersetuju dengan slogan politik PAS - Negara Islam dan Hudud ketika PRU yang lalu. Bagi DAP, amalan politik haiwan yang mereka amalkan begitu berjaya sebelumnya yang membuatkan PAS tersungkur menyembah di kaki mereka.

Bagi DAP, prinsip politik mereka bukan lagi 'matlamat menghalalkan cara' - lebih dari itu DAP sanggup buat asalkan mereka memimpin pakatan pembangkang dan kesemua komponen hanya menjadi lembu sahaja.

Lim Kit Siang tidak nampak melutut kepada Mahathir kerana Kit Siang tahu Mahathir perlukan DAP
Kenapa akhir-akhir ini DAP secara terbuka tanpa rasa malu pernah meludah PAS tiba-tiba sahaja berlakon seolah-olah mereka cukup perihatin terhadap PAS? Guan Eng bagaikan muka setebal kulit babi meluahkan rasa kebimbangan bahawa PAS bakal kehilangan Kelantan sekiranya tidak bergabung dengan pakatan pembangkang pimpinan DAP.

Guan Eng dan DAP lupa, PAS melakar sejarahnya sendiri - menang di Kelantan tanpa bantuan DAP dan juga komponan parti pembangkang yang lain. Berapa kerusi DAP, PKR di Kelantan? BACA di SINI.

Jadi kenapa Guan Eng macam orang bodoh yang terdesak merayu kepada PAS? Jawapannya mudah, DAP tidak yakin dengan kemampuan parti milik Mahathir, PPBM dan parti serpihan PAS iaitu PAN. Sehingga kini jumlah ahli bagi kedua parti ini ditahap 'kabur'. 

Pakatan pembangkang pimpinan DAP hari ini mereka putuskan hubungan dengan PAS, esok mereka akan merangkak merayu supaya PAS kembali kepada mereka semula dan tidak mustahil lusa PAS akan dicampakkan ke longkang semula seperti yang pernah mereka lalukan dahulu.



Rakyat Malaysia sedang memerhati PAS. Masih kluk klek lahapkan kuasa atau sudah mula tunjuk 'wajah Islamik' seperti namanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top