.... Kenapa Mahathir Tidak Terkejut Mendengar Duit Negara Hilang RM30 Bilion? | AAKJ




Semakin menarik dan panas 'perbicaraan' skandal perjudian forex Bank Negara Malaysia yang mengakibatkan kerugian puluhan bilion ringgit. 

Hanya dalam masa yang singkat sahaja wang milik negara 'ghaib' dan jawapan dari Perdana Menteri ketika itu seolah hanya kerugian beberapa puluh ringgit sahaja - "Selepas diberi penerangan Dr Mahathir menjawab: kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi,". Jawapan ini diberikan oleh Mahathir semasa bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Francis Herbert dan Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan bertemu dengan Mahathir untuk menjelaskan situasi kerugian yang dialami oleh Bank Negara.

Semalam jawapan Nor Mohamed Yakcop bahawa beliau langsung tidak melaporkan kerugian kepada Mahathir. Baca di SINI. Samada jawapan tersebut untuk melindungi 'bos' atau 'rakan kongsi' atau sememangnya budaya kerja Nor Yakcop hanya Allah sahaja yang tahu.

Namun jawapan Nor Yakcop tidak membawa kepada menyangkal pengakuan yang diberikan oleh Tan Sri Herbert. Bukan percanggahan tetapi 2 senario berbeza 'budaya kerja' mungkin.

Anwar sudah jelaskan segalanya di sini, adakah sama penjelasan Anwar di mahkamah pada hari ini?


Tan Sri Clifford Francis Herbert turut menjelaskan di hadapan Panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa reaksi Mahathir hanyalah seperti biasa apabila mendengar taklimat kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara akibat 'perjudian' Forex tersebut.

Jelas Tan Sri Clifford Francis Herbert lagi, beliau diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk memeriksa kerugian yang dialami bank negara dan memaklumkan kepada Anwar hasil penemuan beliau tentang kerugian tersebut adalah berjumlah RM30 bilion.

Herbert dan Anwar kemudian bertemu Dr Mahathir di pejabat perdana menteri itu pada akhir 1993 untuk memberikan taklimat berhubung kerugian berkenaan.
"Selepas diberi penerangan Dr Mahathir menjawab: kadang-kadang kita untung, kadang-kadang kita rugi," kata Herbert.
Ditanya salah seorang pegawai petugas RCI itu mengenai reaksi Mahathir, Herbert menjawab, beliau menjangkakan Perdana Menteri terbabit akan berang.

"(Tetapi) beliau kelihatan agak normal," katanya.

Herbert memberi keterangan kepada RCI yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kerugian dialamai Bank Negara ekoran aktiviti dagangan forex antara 1980-an dan awal 1990-an.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia sepanjang tempoh berkenaan.


Siapa bakal terkena...
Rakyat Malaysia terutamanya penyokong Lim Kit Siang dan DAP yang mengikuti siri hentaman Kit Siang berhubungan skandal ini tidak lupa bagaimana Mahathir dan Daim berbohong kepada dua dakwaan apabila ditanya mengenai kerugian Bank forex. 

Pertama, pada tahun 1993, mereka menafikan bahawa Bank Negara kehilangan wang dan menamakannya pembohongan pembangkang dan propaganda. Kemudian, tahun berikutnya, mereka berbohong mengenai jumlah dan sifat kerugian. Kepada Kabinet, mereka berkata ia adalah ‘perbelanjaan tertangguh’ dan ‘kerugian tidak direalisasikan’ sementara, di Parlimen, mereka berkata ia hanya ‘kerugian di atas kertas’.

Lim Kit Siang 'membawa' isu skandal forex Bank Negara ini lebih daripada 10 tahun.

Menurut Malaysia Today, Mahathir dan Daim menjadikan Anwar Menteri Kewangan pada tahun 1991 untuk menyelamatkan diri mereka berhubung kerugian besar Bank Negara. Tugas Anwar adalah untuk melindungi Mahathir dan Daim dengan memastikan bahawa kebenaran tidak akan terdedah.

Di atas itulah mungkin jawapan kenapa Mahathir tidak terkejut apabila dilaporkan tentang kehilangan wang negara sejumlah RM30 bilion, beliau bukannya tidak tahu bahkan sudah tahu lebih awal sebelum mendengar taklimat dari Herbert dan tidak perlu Nor Yackop melaporkan kepadanya. Baca juga di SINI.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top