.... Jawapan 'Tidak Tahu' Bakal Mengheret Mereka Ke Penjara? | AAKJ




Mungkin Mahathir, anak-anaknya, kuncu-kuncunya dan proksinya mendapat semangat baru apabila berpendapat bahawa dengan menjawap 'Tidak Tahu' maka apa sahaja dakwaan terhadap mereka akan gugur.

Mahathir dan Daim Zainuddin telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia kelmarin bahawa sepanjang penglibatan mereka di dalam menjaga harta negara dan wang rakyat, mereka 'tidak tahu' dan 'terlepas pandang'.

Daim ketika disoal di dalam RCI, beliau ulang 'tidak tahu' sebanyak 15 kali. Apa yang dia tahu, beliau menjadi antara yang terkaya dan super mewah di rantau Asia. Itu dia tahu.

Patutlah Allah tidak benarkan Mahathir, Daim dan kuncu-kuncunya di dalam UMNO lagi. Termasuk anak-anak Mahathir, Allah keluarkan mereka semua dari UMNO BN dan longgokkan di dalam sebuah parti milik Mahathir. Baca di SINI.

Masing-masing cuba jadikan kuda tunggangan, siapa berjaya?
Satu perkara yang rakyat Malaysia juga tahu adalah ketika Mahathir dan Daim Zainuddin datang ke mahkamah memberi keterangan berhubung skandal duit rakyat hilang RM30 bilion, hanya Muhyiddin Yasin sahaja yang berani tunjuk muka. Kenapa?

Jawapannya mudah, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin pembangkang lain sudah tahu, sekiranya mereka hadir di mahkamah maka mereka akan jadi sasaran para media. 

Kit Siang pernah hasilkan sebuah buku untuk menyerang Mahathir berhubung dengan skandal kehilangan duit rakyat RM30 bilion ini - apa Kit Siang akan jawab di hadapan para media sekiranya dia hadir? "Saya tidak tahu"?

Lim Guan Eng pula bakal dihujani pertanyaan para media berhubung soalan Guan Eng di parlimen satu waktu dahulu berhubung kehilangan duit rakyat RM30 bilion. Guan Eng membangkitkan pada ketika itu supaya dikenakan tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kerugian berkenaan. Ketika itu kerugian dianggarkan sebanyak RM5.7 bilion, tetapi jumlah sebenar lebih besar daripada nilai berkenaan.

"Mengapakah pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab – kerana George Soros dicaci sebagai penyangak yang menjejaskan pasaran pertukaran wang asing. Akan tetapi adakah pihak kerajaan sedar bahawa masa itu Bank Negara juga melibatkan diri dalam kegiatan yang sama iaitu memperjudikan wangnegara dalam pasaran pertukaran mata wang asing?,'' demikian soal Guan Eng. Apa pula jawapan Guan Eng sekiranya beliau hadir di RCI melihat Mahathir dan DAim berhempas pulas menjawab soalan?

Jawapan 'Tidak Tahu' bakal mengheret mereka ke penjara?
Mahathir, Anwar dan Daim lupa bahawa apa sahaja yang mereka ucapkan di dalam Parlimen, kesemuanya masih kekal wujud. Samada mereka terbongkar menipu berpuluh tahun selepas itu namun butiran hujah setiap ahli parlimen tersimpan dan boleh dijadikan rujukan kepada rakyat.

"Tidak ada masalah Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan kerana pada masa itu dia minta penjelasan sebab memang ada kerugian yang dinafikan pada masa itu.

"Oleh sebab itu saya selaku Menteri Kewangan mengesahkan adanya dan mengarahkan dihentikan serta-merta.

"Allahyarham Tan Sri Jafaar (Gabenor Bank Negara) menjelaskan bahawa Tan Sri Nor Yakcop melakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu dengan persetujuan Perdana Menteri. Tanya mereka. Ya''. Mungkin ada yang tertanya-tanya dialog apakah ini?

Ini sebenarnya jawapan Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pada 24 September 2012. Ketika ini beliau adalah Ketua Pembangkang dan beliau memberikan jawapan ini selepas ditanya mengenai kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia akibat urus niaga matawang asing (forex) pada awal 1990-an.

Pada masa itu, Anwar diasak oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin bahawa sebagai Menteri Kewangan pada masa kerugian tersebut berlaku, beliau sepatutnya meletak jawatan.

Namun Anwar mendedahkan bahawa Menteri Kewangan sebelum itu, iaitu Tun Daim Zainuddin serta Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri telah memberikan kebenaran untuk urus niaga Forex dilakukan.

Jadi apabila Daim dan Mahathir menjawab `tidak tahu' pada kebanyakan soalan yang diajukan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), ianya telah memerangkap mereka berdua atau menyelamatkan mereka berdua ke penjara?

Apa yang dinyatakan oleh Anwar itu terkandung dalam penyata rasmi Parlimen bagi penggal kelima, mesyuarat ketiga tahun 2012.

Anak yang mana miskin di dalam gambar ini?

Malah Rafizi yang pernah mendakwa secara terang-terangan betapa kayanya anak-anak Mahathir juga tidak berani untuk hadir di mahkamah ketika Mahathir dan Daim disoal.

Rafizi  turut mendakwa, anak-anak Mahathir itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dan anda boleh rujuk di dalam video tersebut.

Adakah Mahathir akan nafikan kesemua ini? Tidak Tahu? Dan Mahathir serta kuncu-kuncunya terlepas bebas?

Jangan lupa, sebenarnya Lim Kit Siang dari awal lagi sudah dipanggil RCI.

Baca juga: 





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top