.... Hidangan Lauk Sardin Tidak Sepatutnya Untuk Mangsa Banjir? | AAKJ




Dari facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir:

#BANI_ISRAEL_NUSANTARA

Geleng kepala aku tengok status ni.
Betapa kufur nikmatnya perangai sesetengah rakyat Malaysia.

Allah uji mereka dengan banjir dan mereka masih tidak insaf dan sedar.

Sudahlah diberi makanan FREE, boleh pula snap gambar dan upload di fb untuk dikutuk beramai2.

Sardin dan taugeh saja tidak memadai rupanya.

Mohon Kerajaan Malaysia siapkan pula Chicken Chop dan Lamb Steak selepas ini.

Sardin adalah makanan yang selamat pada ketika banjir sebenarnya memandangkan ia adalah makanan dalam tin yang sudah pasti bersih.

Dalam suasana banjir, air pasti tercemar dan ada risiko penyakit berjangkit semasa pemprosesan makanan spt penyakit taun.

Tapi apakan daya...macai takkan faham. Please la kerajaan siapkan pula biryani unta selepas ini.

Melihat sikap seperti ini saya hairan pada mulanya.
Bukankah harga sardin dijadikan isu oleh cai sebelum ini kononnya mahal. Jadi bising buat apa bila makanan yang 'mahal' dihidangkan kepada rakyat?

Selepas itu saya tersedar. Apa yang nak diharapkan dari macai bila mufti negeri dia pun spesies 2x5 jugak.

Bani Israel dahulu begitulah. Allah selamatkan mereka dari penghambaan dan dari dibunuh tentera Firaun. Laut terbelah 12 untuk mereka lari.

Namun, walau diuji dan melihat kebesaran Allah didepan mata mereka masih tidak bersyukur dan meminta2 kepada Musa. Akhirnya mereka menjadi kaum terlaknat.
Moga nasib yang sama tidak menimpa orang kita.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top