.... Fitnah LHDN: Rafizi Jadi Broker Korporat? | AAKJ




"LHDN Mengejar Rakyat Mengutip Cukai, Harga Minyak Minggu Ini" - inilah fitnah bodoh Rafizi yang dilihat sudah mula hilang fokus terhadap serangannya kepada Kerajaan Pusat.

Sejak hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan kepadanya kerana mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Rafizi dilihat terkial-kial mencari jalan bagaimana untuk mengekalkan reputasi dirinya yang dilihat sudah hancur.


Bukan itu sahaja. Satu demi satu fitnah yang dilontarkan Rafizi terhadap agensi Kerajaan Pusat mula kelihatan jelas - hanyalah satu serangan fitnah yang direka faktanya.

Terbaharu apabila penasihat undang-undang PKR sendiri, Lateefa Koya mendedahkan tembelang penipuan Rafizi tentang 'Langkah Kajang'. Selama ini pengikut setia PKR rupanya tertipu. Baca perinciannya di SINI.

Selama ini segala apa yang Rafizi bawa dan bentangkan dianggap sebagai sesuatu yang berharga dan berguna untuk pembangkang, sebagai senjata ampuh untuk menyerang Kerajaan Bn, namun sejak beliau terkantoi dengan fitnahnya terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang kononnya mempunyai cincin bernilai RM24juta - Rafizi dakwa beliau hanya bergurau, saat itulah Rafizi terpaksa merangkak semula untuk menonjolkan dirinya masih berguna dan bernilai bagi PKR.

Pendedahan penasihat undang-undang PKR baru-baru ini bahawa Rafizi menipu dalam "langkah Kajang' betul-betul merosakkan maruah dan moral Rafizi. Label penipu adalah label paling teruk dari rakan partinya sendiri.
Semua agensi termasuk GLC Kerajaan Pusat mula difitnah oleh Rafizi termasuklah yang terbaru beliau cuba memfitnah kononnya Lembaga Hasil Dalam Negeri kononnya dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan wang dari rakyat dengan menggunakan istilah "LHDN mengejar rakyat..."

Rakyat bukan sebodoh yang Rafizi sangka. Dan bukan semua boleh menjadi modal politik. Isu pentadbian dan pengurusan negara bukan isu yang boleh dicampur aduk dengan kepentingan poliytik peribadi.

Rafizi cuba kelirukan rakyat tentang kadar cukai korporat dan individu. Sejak bila kadar cukai untuk kedua kategori ini dinaikkan? Adakah Rafizi tidur atau tidak hadir di Parlimen atau secara jelas ingin memfitnah LHDN?


Rafizi cuba sembunyikan fakta bahawa - Kadar cukai korporat dan individu tidak naik. Malah ada yang dikurangkan. Namun kutipan cukai korporat dan individu meningkat. 

Ini menunjukkan pentadbiran negara terutamanya LHDN telah semakin cekap. Ia juga manifestasi ekonomi negara berada dalam keadaan baik.

Justeru kita tidak faham mengapa Rafizi Ramli mempertikaikan kutipan cukai yang meningkat.

Kenyataan Rafizi membayangkan beliau mahu keaktifan dan kecekapan LHDN mengaudit syarikat dihentikan. 


Apakah beliau sekarang dibayar oleh korporat tertentu supaya mengenakan tekanan politik agar LHDN tidak bertindak terhadap mereka yang lari dari membayar cukai?

Bukan isu LHDN sahaja yang cuba dikelirukan oleh Wakil Rakyat Parlimen Pandan yang terlalu jarang bertemu rakyat di kawasannya ini malah pernah "kiraan" beliau mengenai kos MRT juga kantoi dan cubaan beliau ketika itu betul-betul memalukan parti PKR - bagaimana boleh ada wakil rakyat yang sebegitu bodoh di dalam parti Anwar? Baca di SINI.

Dan akhirnya kita jangan lupa - jawatan Rafizi sebagai Pengarah Strtaegi PKR juga bertukar tangan. Beliau dipecat kerana dilihat mula menjadi liabiliti kepada parti.

Baca juga: Rafizi Menipu Kos MRT Seoul Line, Barcelona Sants-La Sagrera, MRT 1 SBK Malaysia





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top