.... Fastaqim 2.0 'Blackout' | AAKJ



KEJADIAN yang berlaku di perhimpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus malam tadi mungkin dianggap sebagai teguran Allah s.w.t terhadap parti PAS yang dilihat cuba membuat onar di kubu kuat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif tersebut.

Hujan lebat disusuli kilat disertai detuman kuat guruh menghentikan seketika perhimpunan itu.

Kira-kira 10 minit sebelum jam 11 malam, tiba giliran Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan ucapan.

Ketika menyampaikan ceramahnya, Mohd Nassuruddin yang juga exco Kelantan terganggu apabila bekalan elektrik terputus.

Digelar sebagai “singa PAS” oleh pengerusi majlis, Mohd Nassuruddin sedang menjawab dakwaan dibuat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Kata Mohd Nassuruddin PAS “tidak sepatah pun” membincangkan kerjasama dengan BN.

“Dia (Husam) kata PAS berbincang nak berpakat dengan Umno, nak masuk BN, padahal dalam program (berkenaan) sepatah pun tak bincang hal berpakat dengan Umno,” katanya.

Gangguan mula terasa selepas angin kencang bertiup bersama hujan serta kilat dan guruh.

Selepas guruh berdentum kuat suasana menjadi gelap gelita apabila bekalan elektrik terputus.

Dalam kelam-kabut itu dapat didengar kanak-kanak menjerit menjerit dipercayai kerana terkejut.

Bagaimanapun keadaan kembali dapat dipulihkan kira-kira 10 minit kemudian.

Mohd Nassuruddin kemudian mengetuai bacaan doa meminta perlindungan daripada malapetaka selepas itu.

Teguran Allah s.w.t datang dalam berbagai bentuk. Mungkin mereka perlu muhasabah diri dalam perkara ini.

– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top