.... Cucu Mahathir 'Jaga' Pengundi LGBT? | AAKJ



Antara Islam dan undi, Mahathir dilihat memilih undi kerana baginya undi membawa kepada pemilikan kuasa dan Islam hanya satu juzuk golongan pengamal agama sama dengan penganut kepercayaan yang lain termasuk sama seperti golongan yang 'tidak normal' - LGBT contohnya. Dengan kata lain, kuasa undi semuanya sama iaitu SATU undi.

Mahathir akan lakukan apa sahaja asalkan niatnya untuk hancurkan PM Najib, UMNO dan BN tercapai. Segalanya sudah terjawab - Mahathir bukannya berniat untuk baiki UMNO dari dalam tetapi agenda peribadinya terserlah sebaik sahaja beliau keluar dari UMNO dan membentuk partinya sendiri dan bergabung dengan DAP, PKR dan PAN dengan tujuan untuk hancurkan UMNO dan BN.

Mahathir tidak menunggu lama, bagaikan mengejar waktu yang jelasnya tidak menunggu beliau, Mahathir tunjukkan kepada dunia bahawa beliau sanggup berbuat apa  sahaja dan menggunakan siapa sahaja termasuk isteri, anak dan cucunya demi segala yang 'berada di luar Malaysia' boleh di bawa balik. Alasan memulihkan UMNO BN dengan menyingkirkan PM Najib hanyalah untuk mengalihkan perhatian. Kalau bukan ada yang begitu bernilai, Mahathir akan bersabar untuk menentang PM Najib di perhimpunan Agung UMNO.

Terkini, Mahathir menggunakan anak, isteri dan cucunya untuk meraih undi dari golongan yang selama ini kononnya teraniaya di bumi bertuah ini. Bertemakan 'ungu', kumpulan ini berselindung di sebalik kononnya perjuangkan hak kesamarataan yang rata-ratanya tidak memahami "konsep kesamarataan tajaan Comango". Baca di SINI.


Info tentang bahayanya Comango:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini menegaskan tuntutan yang dibuat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.

Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.

"(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia", katanya.

Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.


Benarkah cucu Mahathir anak kepada Marina, Ineza Roussille ini bertanggungjawab 'menjaga' golongan LGBT? Beliau hanya muncul apabila adanya program yang melibatkan kononnya wanita perjuangkan kesamarataan. 

Beliau didatangkan khas dari luar negara semata-mata ingin tunjukkan betapa "berwarnanya" keluarga Mahathir. Timbul juga persoalan, selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, perjuangan ini tidak wujud atau Mahathir merestuinya bergerak secara sembunyi atau berselindung di sebalik pertubuhan mangsa AIDs - Malaysian AIDS Council?. Hanya Marina dan cucu Mahathir ini saja yang mampu menjawab persoalan ini.

Siti Hasmah mungkin begitu bangga dengan cara hidup anak cucunya ini!

Demi undi - Mahathir dan Siti Hasmah sanggup buat apa saja.

Demi Islam, kita sanggah manusia yang sanggup warnakan diri mereka ke tahap ini. Apabila datang yang hak maka yang batil akan lenyap dan yakinlah bahawa yang batil akan lenyap!

Selama 22 tahun menjadi isteri kepada Perdana Menteri, nak cari gambar beliau di tepi jalan pun tak jumpa


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top