.... Babi Pun Tahu | AAKJ



Binatang pun tahu dia binatang dan binatang pun kenal diri mereka walaupun mereka juga tahu bahawa mereka dicipta tanpa 'otak'.

Mana-mana babi yang tidak tahu dia babi maka haiwan atau binatang ini mempunyai masalah yang amat besar danperlu dibawa berjumpa dengan pakar binatang.

Malah babi juga tahu bahawa mereka bukannya makanan yang untuk semua manusia dan ironinya babi juga tahu makanan apa yang sesuai untuk merreka dan keluarga mereka.

Allah ciptakan binatang walaupun tidak mempunyai akal tetapi Allah letak 'tahu' kepada setiap haiwan supaya mereka mengenali diri mereka dan tahu bagaimana untuk hidup di atas muka bumi ini dan paling penting mereka juga tahu siapa yang jadikan mereka. (betulkan kalau aakj silap di para ini)

Skandal kehilangan duit rakyat sebanyak RM30 bilion bertukar menjadi skandal "Tak Tahu"

Tidak pernah kita melihat babi bila tidur akan dipanggil kucing atau ayam. Babi tetap dipanggil babi walaupun mereka tidur dan dalam keadaan apa juga sekali pun waima menjadi menu makan orang bukan Islam - kekal nama babi dan bukannya bertukar menjadi ayam apabila dibuat burger sekali pun - "pork burger".

Hancurlah lumrah yang Allah ciptakan kalau babi pun tidak tahu dia tu babi!


Tajuk Mahathir tu tidak ada kena mengena dengan kisah babi kenal dia babi.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top