.... Anina Saadudin Secara Rasmi Keluar Parti Mahathir | AAKJ



Bekas Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin mengumumkan keluar dari parti tersebut secara rasmi hari ini.

Beliau mengumumkan keluar parti itu melalui teks sepanjang empat muka surat yang beliau bacakan di kediamannya di Bandar Baru Bangi, dekat sini.


Anina yang juga antara tujuh pemimpin yang mengasaskan penubuhan parti bercadang untuk menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bakal diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.


“Dengan prinsip perjuangan membela rakyat dan bukan membela individu, saya dengan ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya dalam satu sidang akhbar dekat sini, hari ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top