.... Anina Saadudin Kembali Sertai UMNO, Apa Kata Anda? | AAKJ



Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin dikatakan mahu meninggalkan parti yang diasaskan Mahathir dan ingin kembali menyertai UMNO.

Menurut sumber, pemimpin wanita parti bunga raya itu menghubungi seorang pemimpin tertinggi UMNO bagi memaklumkan mengenai hasratnya itu.

Beliau juga mahu salah seorang pemimpin tertinggi UMNO itu mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau (Anina) ada menghubungi saya memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan PPBM dan ingin kembali menyertai UMNO.

“Dia meminta saya mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi tujuan itu, namun, saya hanya diamkan saja.

“Bagi saya, jika beliau hendak keluar PPBM keluarlah…sebelum ini bukan main lagi serang UMNO, sehingga saman Perdana Menteri,” kata seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kepada Watan-Online.

Kemelut dalam PPBM tercetus apabila Anina disingkirkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM kerana dikaitkan dengan skandal seks.

Anina sebelum dipecat daripada UMNO lantang mengkritik kepemimpinan Najib, malah mencabar keputusan parti itu yang menyingkirkannya.

Sementara itu catatan di laman sosial Facebooknya, Anina melahirkan kekecawaannya terhadap PPBM yang meminggirkannya sempena ulang tahun pertama parti itu.

Anina mendakwa beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan parti serpihan UMNO itu.

Kekecewaan itu diluahkan panjang lebar dalam tulisan di Facebook milik Anina setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’ dari politik tanah air setelah pemecatannya lewat tahun lepas.

“Hari ini majlis ulangtahun pertama penubuhan PPBM. Baru umur setahun, satu-satunya ibu yang mengasaskan parti ini langsung tidak menerima sebarang jemputan ke majlis yang diadakan di Muar, Johor.

“Jika saya dilupakan, beritahu saya bagaimana mungkin saya percaya parti ini akan mengingati begitu ramai insan yang menggerakkan perjuangan ini sejak lebih dua tahun yang lalu,” luah beliau.

Aakj: Banyak juga pandangan yang diberikan apabila berita ini tersebar, apa pandangan anda?


Wartawan Watan-Online

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top