.... Video Pemuda PKR Desak Ketua AMK Kelantan Letak Jawatan | AAKJ



Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Ketuanya, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran dan mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Naib Ketua AMK negeri, Mohd. Khairul Amin Abdul Rahman berkata, majoriti Ketua AMK Cabang turut menandatangani satu memorandum kepada pucuk pimpinan pusat supaya Mohd. Hafidz Rizal dilucutkan daripada jawatan tersebut.

“Desakan ini dibuat kerana beliau telah hilang sokongan majoriti kami yang mewakili Ketua-Ketua AMK Cabang di Kelantan.

“Dalam mesyuarat malam ini, kami juga mendesak Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya melantik seorang Ketua AMK Kelantan yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, PKR Kelantan dikatakan terbahagi kepada dua kumpulan selepas Pengerusinya, Ab. Aziz Ab. Kadir dilihat cenderung bekerjasama dengan Pas kerana mahu mengekalkan lantikan politik PKR di negeri ini.

Menurut sumber, Mohd. Hafidz Rizal dikatakan merupakan salah seorang pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Ab. Aziz.

Mohd. Khairul Amin bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar Mohd. Hafidz Rizal hilang sokongan majoriti jawatankuasa AMK negeri.

Beliau sekadar menegaskan, pihaknya menyokong penuh kepimpinan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan mempertahankan segala keputusan dibuat pucuk pimpinan parti.

“Kami juga akan bersama dan menyokong kepimpinan Ab. Aziz Kadir selaku Pengerusi PKR Kelantan.

“Kami juga mengisytiharkan komitmen penuh dan kerjasama utuh bersama rakan-rakan dari Pemuda Amanah Kelantan, Armada PPBM Kelantan serta Dapsy Kelantan atas semangat Pemuda Pakatan Harapan Kelantan,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top