.... Ukuran 'Keadilan' PKR: Anwar Meliwat vs Pemecatan Ketua AMK Kelantan | AAKJ



Apabila sesebuah parti politik ditubuhkan demi perjuangan kepentingan peribadi maka apa sahaja yang berkait dengan individu lain - jawapannya adalah pergi mampos!

Tidak ada yang istimewa dengan halatuju penubuhan PKR selain daripada perjuangan untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim daripada jenayah kejam dan keji yang beliau lakukan. 

Di negara kita undang-undang amat jelas - kita tidak akan didapati bersalah selagi kita tidak dibuktikan bersalah dan Anwar melalui proses mempertahankan diri selama lebih daripada 60 kali penangguhan perbicaraan di mahkamah.

Kronologi kes perbicaraan Anwar meliwat pekerjanya sendiri di SINI.

Hampir 5 tahun siri perbicaraan dengan Anwar mempunyai sejumlah besar jumlah besar peguam yang membelanya. Usaha untuk menafikan jenayah yang beliau lakukan akhirnya gagal dan keputusannya amat jelas - Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat pekerjanya sendiri. Bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa gagal ditepis oleh pasukan peguam Anwar yang bukan calang-calang orangnya.

Kemuncaknya, mendiang Karpal Singh, peguam yang tersohor membuka mulut supaya Anwar Ibrahim bertaubat - kenapa beliau berkata demikian?

Malah mendiang Karpal mendesak agar Pakatan Rakyat perlu menggantikan Anwar dan pilih yang lebih bermoral - lagi sekali, kenapa Karpal berkata begitu?



Amalan biasa mana-mana parti politik adalah mana-mana ahli yang melakukan jenayah dan terbukti bersalah melalui sistem perundangan yang adil maka perlu dipecat dari jawatan dan mungkin memecatnya daripada parti namun pernahkah anda dengar Anwar dibawa ke 'pengadilan parti'? Atau paling tidak memberi surat tunjuk sebab kenapa saya tidak boleh dipecat daripada jawatan atau parti?.

'Penghakiman terpilih' amat ketara apabila berlaku kepada ahli parti atau pemimpin yang tidak ada kepentingan langsung kepada PKR dan Anwar serta keluarganya dan amalan rimba ini buka kali pertama berlaku dalam parti milik Anwar dan keluarganya ini.

Kes terbaru, pemecatan Ketua AMK PKR Kelantan. Beliau dimalukan dan maruahnya dicampak ke dalam jamban begitu sahaja.

Hafidz Rizal Amran hari ini mendakwa pemecatannya tidak melalui proses yang wajar. Beliau mengaku hanya menerima arahan pemecatan dan surat rasmi melalui aplikasi pesanan WhatsApp sahaja daripada Ketua AMK Nik Nazmi.

Tanpa diberi peluang membela diri, tanpa diminta surat balas kenapa tidak boleh dipecat, beliau dibuang dari jawatannya begitu sahaja.

Adakah keputusan mahkamah tidak penting bagi PKR apabila terkena batang hidung sendiri? Kalau ini terjadi kepada pemimpin UMNO BN, anda boleh bayangkan PKR akan jadi sawan anjing gila mendesak supaya letak jawatan
Pemecatan beliau juga tidak melalui mesyuarat biro politik AMK atau majlis pimpinan pusatnya yang didakwa tidak bersidang sejak Mac 2017.

Menurut sumber pemecatan Ketua AMK PKR Kelantan hanya kerana perbezaan pendirian berkaitan kerjasama dengan PAS? 

Kalau benarlah ini sebabnya maka jelaslah PKR tunduk kepada DAP, PPBM dan PAN yang begitu membenci PAS. 

Salahkah jalinkan hubungan baik dengan sebuah lagi parti yang mempunyai aliran perjuangan yang sama dan musuh yang sama? Inilah bukti politik haiwan yang pakatan harapan dan PKR amalkan.

Kalaulah penjenayah liwat dijulang sebagai hero parti maka anda telah meletakkan 'nyawa' rakyat Malaysia diambang kecelakaan!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top