.... Titik Kejayaan Kit Siang Hasilkan Melayu Skrew Melayu | AAKJ



Setiap perkara atau kejadian yang Allah swt tunjukkan kepada manusia samada nampak secara kasarnya di mata manusia itu baik atau buruk, ianya tetap mengandungi hikmah yang sukar diterjemahkan. Kadangkala mengambil masa yang agak lama untuk manusia sedar apa hikmah di sebalik kejadian tersebut dan tafsiran manusia tidak semestinya tepat - hanya Allah swt yang tahu apa sebenarnya di sebalik kejadian yang beliau ciptakan.

Apa yang terjadi kepada Mahathir pada Ahad lalu, kekecohan di program anjurannya sendiri juga mempunyai hikmah tersendiri. Bagaimana program yang dianjurkan oleh seorang bertaraf negarawan, seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan seorang yang kononnya dikatakan cukup rapi menguruskan perjalanan politiknya gagal secara total dalam mengendalikan program yang begitu kecil skalanya.

Kenapa skala bersaiz amat kecil? Jawapannya mudah - program yang dibuat atau direka sendiri yang motifnya amat jelas iaitu untuk memalukan Perdana Menteri Najib Razak. Mahathir dan kuncunya sudah tahu bahawa tidak mungkin Perdana Menteri Najib Razak akan hadir di majlis bodoh sebegitu. Soalan yang sudah disusun melalui skrip yang hanya perlu dibaca oleh individu tertentu supaya Mahathir boleh menjawapnya dengan mudah dan natijahnya - anak muda jahil yang datang pada ketika itu bersorak gembira, kerana itu sahaja tujuan mereka didatangkan - pasukan sorak yang tidak tahu hujung pangkal program apakah yang mereka hadiri.

Namun Allah swt ada perancanganNya sendiri dan perancangan Allah swt adalah yang terbaik kerana di dalamnya terkandung hikmah untuk manusia ambil peringatan dan iktibar sepanjang hayat.

Mahathir sendiri mengaku bertemu dengan mangsa liwat I
Mahathir tidak menjangkakan di penghujung program akan ada soalan maut dari anak muda yang hadir. Soalan tersebut jelas berhubung dengan kes atau insiden atau skandal yang ketika itu mungkin mereka masih 'berpampers' lagi. Mahathir ingat generasi zaman internet akan menyoal berkisar isu-isu semasa di garis masa mereka mula matang. Mahathir jelas lupa bahawa isu Anwar sebagai penjenayah liwat dan tragedi memali yang mengorbankan berbelas nyawa bukan satu peristiwa yang mudah dilupakan begitu sahaja.

Jenayah yang Anwar Ibrahim lakukan terhadap pekerjanya sendiri bukan satu jenayah yang kecil. Meliwat, memasukan kemaluan melalui lubang dubur lelaki adalah naluri seks yang amat luarbiasa gilanya. Hanya manusia yang gila mempunyai naluri sejenis dan lebih gila apabila melakukan secara paksa dan ianya terhadap pekerjanya sendiri.

Soalan berhubung insiden berdarah di Memali adalah peristiwa yang lebih lama daripada kes jenayah Anwar Ibrahim meliwat pekerjanya sendiri. Mungkin umur anak muda yang bertanya itu masih bayi ketika kejadian tersebut. Itulah yang dikatakan gerak hati yang Allah nak tunjuk kepada manusia bahawa dosa silam bukan satu perbuatan yang begitu mudah untuk dilupakan atau ditutup dengan pembohongan yang terancang. Mahathir dengan mudah menggunakan alasana atau jawapan bahawa "itu perkara lama" dan beliau lupa bagi Allah swt, lama atau baru ianya tetap satu dosa atau pahala yang akan dibawa ke alam akhirat.

Sahabat Nabi saw Saidina Ali r.a, "kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun". Dan pada hari itu Mahathir lupa bahawa kebatilan yang disusun bersama dengan pengikutnya runtuh dan kalah kepada anak muda yang menyusun dengan baik soalan-soalan untuk Mahathir jawab tanpa 'Nothing To Hide'.


Soalan ada di SINI.

Lim Kit Siang puas hati dengan usahanya bersama DAP untuk wujudkan Melayu aliran DAP berjaya
Namun hikmah yang lebih besar dari itu yang Allah swt ingin paparkan kepada rakyat Malaysia adalah bagaimana hasil kerja keras Lim Kit Siang dan DAP selama lebih daripada 20 tahun akhirnya berjaya.

Hasrat Lim Kit Siang dan DAP ingin melihat "Melayu skrew Melayu" terjawab dengan jelas dan jawapan hasil pengorbanannya terpampang di hadapan matanya sendiri. Dia berlalu keluar dari dewan tersebut dengan hati yang teramat puas.

Bukan satu usaha satu atau dua hari atau satu atau dua minggu untuk hasilkan Melayu aliran DAP yang sanggup membenci Melayu UMNO dan membenci Melayu yang menyokong UMNO. Melayu aliran DAP yang sanggup terpekik terlolong melalak di jalanan. Melayu aliran DAP yang sanggup membuta tuli menghancurkan kuasa politik Melayu yang dibina oleh Melayu UMNO selama ini.

Paling menggembirakan Lim Kit Siang dan DAP adalah berjaya mewujudkan Melayu aliran DAP yang sanggup menerima siapa sahaja sebagai pemimpin nombor satu negara waima seorang penjenayah liwat sekali pun. Lim Kit siang dan DAP berjaya menanamkan doktrin kepada Melayu aliran DAP bahawa meliwat pekerjanya sendiri bukan jenayah yang besar dan hanya 'keinginan nafsu peribadi' yang terpisah dengan kebolehan memerintah negara.

Anak Lim Kit Siang sedang menghadapi 2 pertuduhan rasuah dan tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri
Bayangkan kalau Melayu aliran DAP sudah boleh menerima penjenayah kejam yang meliwat pekerjanya sendiri sebagai Perdana Menteri, apalah sangat untuk menerima pengamal rasuah sebagai Perdana Menteri juga. Liwat lebih dasyat jenayahnya dari rasuah. Inilah titik kejayaan Lim Kit Siang dan DAP. Melayu aliran DAP terbukti sudah benar-benar wujud dan bersedia untuk dicucuk hidungnya oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Itulah sebabnya Lim Kit Siang dengan bangga mengatakan bahawa PRU14 adalah Tsunami Melayu.

Allah swt tunjukkan awal kepada rakyat Malaysia juga merupakan satu hikmah. Bersedialah Melayu UMNO untuk memimpin Barisan Nasional bagi menghadapi DAP yang akan memimpin pakatan pembangkang.

Melayu aliran DAP boleh terima penghinaan sebegini - lembu politik sudah terbentuk
Kepada Melayu aliran DAP - teras perjuangan politik Melayu dan teras kestabilan politik negara hanya ada di dalam UMNO dan BN. Kembalilah, sedarlah anda sedang dijadikan lembu politik oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus menegaskan bahwa negara perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial dengan Islam, malah pakatan pembangkang bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam.

PAS sendiri dari blok pembangkang dan mereka tidak sanggup dijadikan lembu politik oleh Lim Kit Siang dan DAP. Mereka sudah terkena pada PRU yang lalu, PAS sudah sedar dan serik. Anda pula ingin jadi lembu Kit Siang dan DAP?

Melayu skrew Melayu bukan setakat Melayu bergaduh dengan Melayu tetapi lebih jauh dari itu. Melayu yang sanggup menjadi haiwan tunggangan Lim Kit Siang dan DAP, sanggup buat apa sahaja termasuk menerima dan pertahankan Cina DAP sebagai Perdana Menteri.

Dan Nothing To Hide adalah titik kejayaan Lim Kit Siang menghasilkan Melayu Skrew Melayu!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top