.... Tiada Janji 'Pembebasan Anwar' Dalam Tawaran 100 Hari Berkuasa | AAKJ




Retorik, berbohong, menipu dan mengelirukan rakyat, itulah hakikat sebenarnya janji pakatan pembangkang di Malaysia. 

Kalau dilihat daripada janji atau manifesto pakatan harapan, nama gabungan parti pembangkang yang belum mendapat kelulusan rasmi dari RoS ini, kesemuanya adalah pembohongan secara terang-terangan.


1. Hapuskan GST
Perlaksanaan sistem cukai yang baharu, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan sistem cukai yang lama Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang tidak telus dan senang dimanipulasi. Malah GST bukan hanya dilaksanakan di negara kita sahaja tetapi ianya telah dilaksanakan dilebih 160 buah negara.


Tawaran untuk hapuskan cukai GST perlu ada penggantinya, bukan sekadar memekak di pentas ceramah politik. Pendapatan negara hasil daripada cukai GST adalah lebih daripada RM30 bilion, dari sistem apa pula yang pakatan pembangkang ingin gantikannya?

Apakah pakatan pembangkang ini ingin kembali kepada sistem cukai yang asal iaitu SST bagi 'membantu' peniaga menyembunyikan angka cukai yang sebenar mereka patut bayarkan kepada kerajaan?

2. Menstabilkan harga petrol

Cubaan ingin mengelirukan rakyat tanpa fakta yang munasabah. Pakar serba boleh dari pakatan haram ini, Rafizi juga bersetuju dengan formula yang kerajaan Malaysia gunakan sekarang untuk menetapkan harga minyak agar meringankan rakyat dan di waktu yang sama tidak membebankan pengusaha.

Bukti kejayaan formula yang Malaysia gunakan ini samada ianya bersifat sementara atau jangka panjang - harga bahanapi di Malaysia kekal lebih rendah berbanding dengan negara yang seumpamanya di dunia ini.

3. Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat

Dua negeri yang berada di dalam kekuasaan pemerintahan pakatan harapan, Selangor dan Pulau Pinang selama 2 penggal. Apa yang mereka fokuskan untuk ringankan rakyat di negeri masing-masing.

Rakyat susah tiada tanah - bukan mengusir mereka tanpa dibantu.
Rakyat susah gaji tidak tinggi di kedua negeri tersebut - kenapa biarkan dan wujudkan skim gaji minima yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan?

'Manifesto bukan janji' pada PRU ke 13 yang lepas masih gagal disempurnakan. Adakah cukup membantu rakyat dengan jumlah RM100 sebulan, itu pun hanya kepada warga emas dan jumlah yang menerimanya pula bukannya 100% warga emas Selangor, rakyat bukan warga emas yang lain bagaimana?

Kalau peluang diberi selama lebih 8 tahun untuk berbakti kepada skala jumlah penduduk yang bersaiz kecil, bagaimana pakatan pembangkang ingin berhadapan dengan 30 juta penduduk Malaysia. 

BR1M pun mereka ingin hapuskan, apa yang bakal menggantikan BR1M? Atau sekadar menukar nama bantuan tersebut kerana itu adalah idea Kerajaan BN?

Untuk rekod, Kerajaan BN masih belum gagal memberikan bantuan BR1M kepada rakyat yang layak mahal menaikkan kadar bantuan lagi.

4. Memulakan reformasi institusi secara menyeluruh

Apa sahaja institusi kerajaan samada pusat atau negeri sentiasa melakukan transformasi demi kebaikan bersama - pemerintah dan rakyat. Dua buah negeri yang berada di dalam pemerintahan pakatan harapan, sejauh mana Azmin Ali (dahulunya Khalid Ibrahim) dan Lim Guan Eng buktikan negeri mereka di landasan yang terbaik secara menyeluruh?

Usaha transformasi seiring dengan cabaran tahun-tahun mendatang dan bukannya menjadi modal politik murahan. 

Mulakanlah dahulu transformasi kerana ianya adalah usaha menyeluruh sepertimana yang dibuat oleh PM Najib sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri - NBOS, strategi lautan biru - ada 'blue print' dan bukan sahaja cakap-cakap kosong. Ada KPI yang dicapai dan dibentangkan secara rasmi kejayaan transformasi menyeluruh ini.

Reformasi? hanya ungkapan politik yang tidak mengubah apa-apa di Pulau Pinang dan Selangor sejak awal pakatan pembangkang memerintah.

5. Memerangi rasuah hingga ke akar umbi

Kes yang sedang berjalan adalah terhadap Lim Guan Eng, adakah dengan menggunakan alasan 'tangkapan politik' maka akan nampak bersih dari jenayah rasuah sedangkan proses perundangan di mahkamah belum mencapai tahap keputusannya lagi.

Bagaimana pula dengan kes Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan juga kes-kes baru yang bakal mengejar Lim Guan Eng?
Malah Mahathir juga sedang bergelut untuk melepaskan diri dari kes pertamanya, RCI terhadap skandal paling besar di dunia - skandal perjudian forex Bank Negara yang mana wang rakyat hilang lebih daripada USD10 bilion (nilai ketika itu). 

Belum lagi kes untuk mengheret anak-anaknya,bagaimana mereka mampu menjadi antara individu terkaya di Asia ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka bukan dari keluarga jutawan pun.

Azmin Ali, adakah anda yakin beliau begitu bersih?

6. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB

Persepsi pakatan harapan melabelkan isu 1mdb sebagai 'skandal' adalah usaha yang berterusan dan secara berterusanlah mereka gagal kerana rakyat Malaysia tidak bodoh. Label 'skandal' hanya apabila satu-satu kes berlaku contohnya seperti kehilangan wang rakyat sehingga membawa kepada 'hilangnya' sesebuah GLC 100% milik Kerajaan.

Bukan setakat 'hilang wang rakyat tetapi kerajaan terpaksa memikul beban hutang yang ditinggalkan oleh syarikat GLC tersebut hanya kerana adanya wakil kroni di dalam syarikat yang dipertanggungjawabkan itu. Berapa banyak kes berlaku di zaman Mahathir dan Anwar menjadi pemimpin negara dan di waktu Lim Kit Siang dan DAP menyerang serta mendedahkan salah laku mereka?

Bagaimana 1MDB dikatakan 'skandal' apabila syarikat ini masih beroperasi dan hutang yang mereka miliki bukanlah liabiliti sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa turut menanggungnya? Aset 1MDB melebihi hutang yang ada dan senario perjalanan urus tadbir 1MDB turut diperakui oleh parti PAS yang juga parti pembangkang di Malaysia. Juga dari pembangkang bebas, Khalid Ibrahim yang turut berpuashati dengan 1MDB yang sengaja disensasikan oleh pakatan harapan yang diketuai oleh DAP.

Pengakuan anggota PAC dari parti DAP, Dr Tan Seng Giaw mengatakan 1MDB bukan skandal dan juga PM Najib tidak terlibat bukan 'pengakuan dedak'. Siasatan dari SPRM dan JAN (Jabatan Akautan Negara) juga tidak melabelkan 1MDB sebagai skandal.

Perniagaan yang mempunyai hutang dan ada kemampuan membayar balik hutang adalah lumrah orang berniaga tetapi kalau hilang ghaib begitu sahaja duitnya maka itu bukan lumrah, itu adalah penipuan dan itulah skandal sebenarnya.

Mereka kekal buat-buat lupa bahawa duit 1MDB tidak hilang!

7. Memulihkan Felda

Apa yang mereka ingin pulihkan? Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, apa yang Mahathir lakukan kepada peneroka Felda? Anwar juga selama 16 tahun, berapa kali mereka berdua masuk ke dalam tanah rancangan dan membawa berita gembira kepada para peneroka?

Adakah Mahathir dan Anwar merasakan sudah cukup bahawa peneroka hidup berkadar dengan naik turunnya harga sawit?

Kalau pakatan harapan ingin menjual impian kononnya akan memulihkan Felda maka sudah tentu sejak awal lagi Mahathir memberi perhatian kepada Felda selama beliau dan Anwar menjadi pemimpin utama negara ketika itu. 

Perkembangan Felda dan peningkatan kemajuan Felda adalah hasil Felda itu sendiri. Pelebaran perniagaan dari teras utama perniagaannya juga adalah inisiatif yang berlaku kesan daripada strategi agenda transformasi di zaman PM Najib. Dan salah laku siapa sahaja bukan sekadar di dalam Felda tetap akan terima hukumannya - itulah ketelusan PM Najib sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Zaman Mahathir dan Anwar, syarikat yang bungkus - kesemua yang terlibat tidak pernah disiasat! Apa yang mereka ingin pulihkan? Kroni dan proksi mereka melalui projek Felda?

Dari 7 janji tersebut, tiada satu pun yang mampu mencerminkan arah tuju perjuangan Mahathir dan DAP. 

Hakikatnya, mereka menyembunyi 'janji' yang paling penting iaitu membebaskan Anwar dari penjara kerana jenayah liwat yang Anwar lakukan terhadap pekerjanya sendiri. Amalan politik haiwan - siapa sahaja boleh jadi pemimpin walaupun beliau adalah penjenayah kejam.

Kemungkinan inilah janji yang disembunyikan dan yang anda boleh percayakan:-

Pakatan Harapan tertinggal janji ke 8 - melantik Wan Azizah sebagai PM Sementara.

Janji ke 9 - Membebaskan Anwar dari kesalahan liwat terhadap pekerjanya sendiri.

Janji ke 10 - Melantik anak Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah yang gagal juga sebagai Perdana Menteri

Janji ke 11 - Melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Janji ke 12 - Mahathir bakal menjadi Menteri Mentor - Penasihat Perdana Menteri

Bagaimana dengan Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin DAP? Apa janji pakatan harapan kepada mereka?











Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top