.... Tawan Malaysia: DAP Cuma Perlu 10% Lagi Undi Melayu | AAKJ



DAP mendakwa hanya memerlukan 10 peratus lagi undi kaum Melayu untuk membolehkan DAP dan Pakatan Harapan merampas pemerintahan negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika sasaran itu dicapai maka DAP bersama-sama Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan Persekutuan dengan 113 kerusi Parlimen.

“Bagaimanapun, jumlah undi Melayu itu tidak cukup untuk Pakatan Harapan menawan kerajaan Kelantan dan Terengganu kerana pengundi bukan Melayu di dua negeri itu tidak ramai.

“Ia bermakna (pembangkang) perlu memberi fokus kepada pengundi Melayu di kedua-dua negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Kit Siang berkata, cabaran utama untuk DAP dan Pakatan Harapan mendapatkan undi 10% kaum Melayu tersebut adalah dengan memastikan kaum Melayu menolak PAS.

Kata beliau, PAS zaman ini bukan PAS di zaman kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat maka beliau percaya kaum Melayu tidak akan mengundi PAS. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top