.... Syiah Mahu Kuasai Politik, Pendidikan Malaysia | AAKJ



Bukit Aman mendedahkan strategi jangka panjang gerakan Syiah di Malaysia sehingga boleh mengambil alih negara.

Mereka mahu menempatkan tokoh kumpulan itu antaranya dalam bidang politik, sistem kehakiman, pendidikan, NGO dan ekonomi, lapor Harian Metro.

Ketua penolong pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Bukit Aman mendapati tokoh Syiah juga menguasai hierarki parti politik dan bidang utama lain.

Datuk Awaluddin Jadid percaya Syiah mahu menguasai bidang politik, kehakiman dan pendidikan termasuk melalui saluran NGO untuk mendekati rakyat.

Tanpa menyebut nama parti, beliau juga mendedahkan sekurang-kurangnya belasan tokoh Syiah berada dalam parti politik.

“Ini (tokoh) yang menduduki hierarki teringgi dalam sesebuah parti politik tidak termasuk ahli mereka. Dalam bidang kehakiman pula kita mengenal pasti seorang.

“Manakala dalam bidang pendidikan, kurang 10 individu bertapak dalam sistem pendidikan negara sama ada di sekolah menengah ataupun institutsi pengajian awam,” katanya.

Sebelum ini, Awaluddin mendedahkan kira-kira tiga juta ahli mazhab itu di negara ini, sebahagiannya mendapat suntikan dana daripada luar.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top