.... “Syariah Itu Bukan Islam”- Abdullah An Naim | AAKJ



“Syariah is not Islam. Syariah is the human interpretation of Islam” demikian tegas Abdullah An Naim dalam salah satu forum beliau di Malaysia sebelum ini. 

Penulis Sudan yang bukunya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini merupakan individu yang sering dijemput Islamic Renaissance Front (IRF) badan pemikir yang diketuai oleh Datuk Dr Farouk Musa dan Penang Institute (PI), sebuah badan pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Malah Yayasan Islam Pulau Pinang di bawah kepimpinan YB Mansor Othman juga pernah mengadakan program bersama IRF membawa tokoh tersebut ke Pulau Pinang dalam sebuah program bertajuk ‘Islamic Fundamentalism and Social Change’ pada 3hb Jun 2016 yang berlangsung di sebuah hotel di Bayan Baru. 

Pada tahun 2016, bermula daripada 27hb Mei dan berakhir pada 2hb Jun, Abdullah An Naim terlibat dengan pelbagai program yang sebahagian besar daripadanya dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF). 

Penulis buku ‘Menuju Reformasi, Perundangan Islam’ yang diharamkan KDN ini, pada tahun lepas telah dijemput mengembangkan sudut pandang pemikirannya di institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia melalui program-program ceramah yang telah diadakan di University of Nottingham, Wawasan Open University dan Universiti Malaya. 

Program beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia dianjurkan secara bersama dengan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).



-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top