.... SPRM Beri 48 Jam Sahaja Untuk Lim Guan Eng | AAKJ



KEBIADAPAN melampau Lim Guan Eng tidak akan diiarkan begitu sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memohon maaf kerana menggunakan ungkapan “penahanan haram” ketika merujuk kepada kes exco negeri itu, Phee Boon Poh.

Dalam kenyataan medianya petang ini SPRM berkata agensi itu memandang serius kata-kata Lim Guan Eng dan ia dianggap berunsur fitnah.

“Lim digesa agar memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam dari kenyataan ini dikeluarkan atau jika gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya,” kata SPRM.

Kenyataan dibuat SPRM itu merujuk kepada satu laporan media bertajuk Sg Lembu illegal factory: Guan Eng claims ignorance over DoE’s letter to MPSP and Norlela yang disiarkan akhbar New Straits Times hari ini.

Ekoran laporan itu SPRM berkata mereka meneliti audio dan video sidang media berkenaan yang diadakan di George Town, Pulau Pinang semalam.

Turut hadir, Phee (gambar) yang juga exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar.

“SPRM mendapati Lim dengan jelas menggunakan perkataan penahanan haram oleh SPRM apabila menjawab soalan wartawan berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.

“SPRM memandang serius kenyataan itu dan beranggapan ia merupakan fitnah jahat bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik SPRM serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM,” katanya.

Lim mengadakan sidang akhbar di pejabatnya semalam untuk menjelaskan perkembangan mengenai kilang haram yang menyebabkan Phee ditahan SPRM.

Pada 12 Ogos lalu agensi penguat kuasa itu memperoleh kebenaran majistret untuk menahan Phee selama lima hari. Bagaimanapun peguam anggota dewan undangan negeri Sungai Puyu itu mencabar kesahihan perintah itu di mahkamah tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Abdul Wahab Mohamed kemudian membatalkan perintah itu dan membebaskan Phee dua hari kemudian.

Kata SPRM, mereka percaya Abdul Wahab tidak pernah – dalam penghakimannya berkaitan reman Phee – menyatakan bahawa penahanan dibuat itu sebagai “haram”.

“Selain itu, perlu juga ditegaskan SPRM telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Ogos 2017 lalu yang membatalkan penahanan reman Phee,” katanya.

Disebabkan proses itu masih berjalan, kata SPRM, sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak boleh dianggap subjudis dan menghina mahkamah.

DAP memang perlu belajar mengenai adab sopan Malaysia. Mereka masih terlalu tipis jiwa patriotik. Perlembagaan Malaysia mereka seolah-olah pandang sebelah mata.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top