.... Skandal Kerugian BNM Memalukan Kerajaan - Bekas Penolong Gabenor BNM | AAKJ



Kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat kegiatan perdagangan mata wang asing sekitar 1990-an didakwa sebagai yang terbesar dalam sejarah perbankan dunia. 

Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, skandal berkenaan sekiranya didedahkan kepada umum pada masa itu boleh memalukan kerajaan Malaysia di mata dunia.
 

“Pada pendapat saya, kerugian sangat besar, kerajaan takut untuk dedahkan kepada umum.
 

“Sekiranya didedahkan, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri akan dipertanggungjawabkan,” katanya ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes kerugian yang dialami bank pusat itu dalam prosiding pendengaran di Istana Kehakiman di sini hari ini.


Skandal itu berlaku ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top