.... Rupanya Ada Sebab Harijadi Mahathir Bertemakan '007 ' | AAKJ



Kadang-kadang lambat untuk kita menyedari maksud yang tersirat dalam tindakan sesetengah individuseperti mana kita tidak mampu untuk terjemahkan secara langsung tentang hikmah yang Allah swt selindungi di sebalik sesuatu kejadian.

Tindak tanduk Mahathir selama beliau berhenti menjadi Perdana Menteri akhirnya Allah nampakkan satu persatu. Rupanya selama ini beliau telah lama menghantar isyarat betapa niatnya untuk mengundurkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.

Bukan sahaja Mahathir naik angin di atas kekalahan anaknya Mukhriz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia malah kemarahan dan kekecewaannya dilepaskan kepada PM Najib kononnya tidak membantu supaya anaknya berjaya naik ke jawatan tersebut.

Baru nampak jelas - ketika 3 tahun beliau mengasak Pak Lah supaya tumbang - mesti ada sebab munasabah beliau tidak puashati dengan Pak Lah. Mungkin ada perjanjian sulit atau permintaan atau apa saja yang nak kita sebut antara Pak Lah dan Mahathir. Nampak seakan sama bagaimana Mahathir lakukan kepada PM Najib dan Pak Lah, iaitu menyingkirkan mereka dari kerusi jawatan Perdana Menteri apabila ada perkara yang tidak tertunai khas untuknya dan untuk anak pinaknya serta kroni-kroni super jutawannya.

Bila kenangkan tema majlis harijadi Mahathir yang menjadi bahan sindiran terhadapnya dan juga proksi yang menaja majlis yang sebegitu mewah dan hebat - kini lagi sekali amat jelas. Itulah hari di mana beliau ingin menyatakan bahawa beliau adalah"ejen 007" yang bakal menggulingkan Najib dari jawatan Perdana Menteri. Dan SKYFALL tajuk filem James Bond 007 itu dipilih sebagai tema sambutan harijadinya yang mewah, mahal dan bergaya itu adalah isyarat bahawa "langit bakal runtuh" tidak lama lagi.

Menurut sumber, mengikut perkiraan Mahathir, Najib akan tersungkur 4 hari selepas sambutan harijadinya yang mewah, mahal dan bergaya itu. Dan sekiranya berjaya maka beliau mungkin akan kata - lihatlah ejen 007 menumbangkan Perdana Menteri Malaysia.

Manusia ada perancangan dan manusia lupa bahawa Allah juga ada perancangan dan keputusanNya sendiri. Manusia hanya mampu merancang dan tidak lebih dari itu. Keputusannya adalah di tangan Allah swt.

Mahathir menerima nasib yang malang. Beliau mungkin melihat kejayaannya menumbangkan Pak Lah maka untuk tumbangkan Najib bukanlah satu perkara yang sukar.

Malang nasib Mahathir itu bukan setakat Mahathir sahaja yang kena malah turut melanda kroni-kroninya yang lain serta pengikut setianya juga. Mereka berhimpun di majlis harijadi Mahathir yang hebat, mewah dan bergaya pada malam itu bukan sekadar untuk meraikan apa yang bakal terjadi mengikut perancangan Mahathir malah malam itu adalah malam menyatakan sokongan padu kepada Mahathir bahawa mereka kekal bersama dalam rancangan menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Vincent menaja majlis harijadi Mahathir atau turut menjadi perancang utama menggulingkan Najib?
Kini baru rakyat Malaysia nampak jelas - kenapa Mahathir seakan buang tabiat apabila membenarkan proksi utamanya, Vincent Tan menaja majlis harijadinya yang begitu mewah, hebat dan bergaya. Dan kita semakin jelas nampak betapa selepas dari majlis yang begitu mewah dan termahal pernah diadakan sepanjang hidupnya, mana ada lagi Mahathir samada meminta penaja atau kroni atau membuatnya sendiri dengan gaya hebat, mewah dan bergaya.

Paling tragik, Mahathir ingatkan selepas 4 hari majlis harijadi yang khabarnya bernilai lebih dari RM1juta itu PM Najib bakal terhumban ke bawah tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Anaknya dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah dan Mahathir sendiri bertindak keluar dari UMNO.

Pengikut setia dan rakan kongsi Mahathir yang lain juga turut dipenggal dari jawatan masing-masing - anda tahu siapa.

Yang selamat - kroni super jutawan yang menaja majlis harijadi "2 dalam 1". Mungkin PM Najib spare buat seketika kroni Mahathir atau kerana kroni tersebut sudah meminta maaf kepada PM Najib atau sedang menunggu masa? Wallahhualam.

Dengan tanpa berselindung Mahathir ucapkan 'Selamat bersara..' kepada PM Najib pada malam harijadinya yang ditaja dan dibuat di hotel milik Vincent Tan.

Kini baru faham....walaupun sudah terlambat namun hakikatnya Allah aturkan Mahathir dari menjadi ahli UMNO kepada musuh bukan sahaja kepada Najib tetapi kepada UMNO dan BN.

Perancangan Allah swt begitu sempurna.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top