.... Radikal Evangelis Malaysia Lancar Video Propaganda Perang : “Tuhan Akan Bangkitkan Tentera” | AAKJ



“God, will raise an army, that army is going to be the greatest army in the history of all creation”. Demikian salah satu petikan khutbah salah seorang Pastor jemputan yang berkhutbah di FGA KL pada 2014. Terdapat kumpulan yang kemudiannya menggunakan petikan-petikan khutbah ini dan divideokan bersama klip filem-filem perang bagi tujuan membangkitkan semangat revolusi ala ketenteraan di kalangan pengikut Radikal Evangelis.

Video yang menggunakan tajuk “Message to The Malaysian Church 2014” dimuatnaik seorang pengguna yang mengunakan nama akaun ‘sarah lois’.

Menurut maklumat yang disediakan di dalam info video tersebut, khutbah-khutbah yang dimuatkan merupakan khutbah yang disampaikan oleh George Annadorai, Julius Suubi, Michael Koh, John Mulinde dan Dorai Manikam melalui acara-acara yang diadakan oleh Full Gospel Assembly (FGA-KL) sepanjang tahun 2014.

Memetik Joel fasal 3 ayat 9, video klip tersebut memuatkan gambaran pasukan tentera berkuda yang sedang bergerak dan bersedia untuk berperang pada ketika pengkhutbah membaca ayat berikut : “He Says in Joel : Proclaim the nations. Prepare for war.. because the Lord is coming to judge the nation.”

Video berdurasi 7:07 minit ini, sudah ditonton lebih dari 11,000 penonton melalui Youtube. Hasutan-hasutan sepertimana yang dicatatkan, bermula pada minit ke 4:00.

Imej penganut Kristian yang taat, kemudiannya diselang seli dengan video kebangkitan tentera yang diambil dari filem Lord of The Rings, dilihat seolah-olah bertujuan menghasut kebangkitan ala militan di kalangan kumpulan radikal.

Memuatkan imej-imej bendera dan simbol-simbol perang DAESH boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang anti keganasan Malaysia. Tetapi, bagaimana pula dengan imej-imej, video-video hasutan dari kalangan kumpulan Radikal Evangelis Christian State (RECS) ini?

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Pastor luar yang dijemput berkhutbah di Malaysia seperti Pastor Afeef Halasah yang menyebut “the general Will of God for all of us in Malaysia is to invade this nation with the Kingdom of God.”

-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top