.... Program Selipar, Kerusi Terbang: Pengakuan Saksi | AAKJ




I was there masa program nothing to hide 2.0. sebelum ni penganjur kata pemuda umno juga dijemput hadir. Inilah masanya untuk bertanyakan kepada tun soalan2 yang selama ni terpendam. Dan di sesi inilah tun akan menjawab soalan2 tersebut. Jadi aku pun menghadirkan lah diri walaupun terpaksa mengorbankan weekend aku untum join program pribumi.

Program tersebut bermula dengan agak boring. Mula2 tun berucap. Cerita pasal 1mdb, doj, kleptokrasi. Recycle benda yang sama.

Keada jadi lebih hangat sedikit masa sesi soal jawab. Kudos to Fariz Hadi. Dia tanya tun pasal kes liwat anwar ibrahim adakah ianya betul2 berlaku atau hanyalah trick tun untuk terus berkuasa. Aku akui tun gagal menjawab soalan tersebut. Hanya berpusing2 dengan rhetoric yang penting untuk turunkan najib. Keadaan lepas tu jadi semakin panas dengan soalan2 dari hadirin yang lain.

Kejadian baling kerusi tu start bila ada seorang hadirin bertanyakan tun pasal kes memali. In fact aku hanya duduk beberapa meter je dari penyoal tersebut. Aku nampak sendiri kasut terbang ke arah hadirin yang bertanya tu. Lepas tu start orang baling kerusi, Diikuti oleh suar (flair)

Aku tulis ni sebab aku menyampah bila orang kaitkan umno dengan insiden tersebut. Kami dari pemuda datang dengan berlapang dada untuk mendengar penjelasan tun. Takkan la bila ada soalan yang berpihak pada kami, kami nak serang pulak individu yang menyoal tersebut. X masuk akal.

P/s: mamat yang pakai baju pribumi depan ni, sepanjang forum tersebut berborak dalam bahasa tamil. Ni wakil pribumi cawangan kerala ka?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top