.... PKR Mula Layan Rafizi Umpama Ayam Berak Kapur | AAKJ



Bagi Rafizi mungkin beliau rasakan bagaikan panglima perang nombor 1 dalam partinya.

Mungkin juga beliau merasakan beliaulah yang meletakkan PKR di tempat sekarang ketika Anwar menjalani hukuman penjara kerana meliwat pekerjanya sendiri.

Segala apa yang dirasakan rupanya terbalik. Beliau tidak pernah dilayan sebagai panglima perang atau yang seumpamanya namun beliau sebenarnya hanya lembu atau seekor kambing hitam. Semuanya jelas, apabila ramai musuh politik dari PKR sendiri melihat Rafizi bakal ke penjara. Apa lagi nilai Rafizi kepada partinya?

Memang betullah kata orang tua-tua, hidup ini umpama roda - ada masa di atas dan ada ketikanya kita akan di bawah. Dan Rafizi sekarang sedang bergelut untuk 'lepaskan diri' dari bergelar banduan hakikatnya cuba melengah -lengahkan masa diiring ke penjara.

Bukan sahaja ahli parti PKR tahu Rafizi sentiasa cuba jatuhkan Azmin, rakyat Malaysia juga tahu.
 
Hubungan Rafizi dengan Azmin Ali tidak pernah baik dan Azmin berjaya dengan lakonannya untuk tamatkan karier politik Rafizi
Rafizi dalam cubaan terakhirnya menyerang Azmin Ali dengan menggunakan alasan bodoh - pertemuan Azmin Ali dengan Hadi Awang. Rafizi gagal, strategi mencipta persepsi kononnya pertemuan tersebut adalah usaha Azmin berbaik dengan PAS tidak menjadi malah strategi lapuk itu memakan diri.

Rafizi lupa, Azmin Ali lebih awal bersedia. Azmin sudah lama menguatkan sokongan dari dalam parti terhadapnya. Antara orang kuat Azmin yang bangkit menyerang Rafizi adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). 

Hasrat Rafizi untuk memalukan Azmin Ali bersandarkan lawatan Azmin dan Wan Azizah bertemu dengan Presiden PAS tidak berjaya apabila Dr Afif Bahardin membidas Rafizi mencadangkan kongres khas dibuat bagi menyelesaikan isu rundingan dengan PAS.

Rafizi menjadikan lawatan ini sebagai modal untuk malukan Azmin Ali
Afif menambah, Rafizi sepatutnya memberi cadangan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution agar mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dengan segera memandangkan kali terakhir ia diadakan pada 19 Mei yang lalu.

Beliau turut berkata, cadangan untuk mengadakan kongres khas dilihat mustahil sekiranya tiada alasan yang kukuh kerana ketika ini semua tenaga kerja adalah bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Kenyataan YB Rafizi amatlah bertentangan dengan pendirian parti kerana sehingga hari ini masih tidak ada kata putus untuk meletakkan PAS bersama Pakatan Harapan.

"Rundingan dan perbincangan tidak rasmi ini adalah untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru semasa pilihan raya umum dan meningkatkan peluang PKR untuk memenangi pilihan raya.

"Oleh itu, tidak ada asas langsung untuk memanggil satu kongres khas," jelas Afif lagi.

Rafizi turut memberi persepsi kononnya ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana PAS perlu ditangani.

Persepsi yang cuba diciptakan oleh Rafizi turut dinafikan oleh Ketua AMK itu. Dakwaan Rafizi bahawa rundingan bersama PAS merupakan keputusan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semata-mata adalah tidak benar.

Jelas Dr Afif, ia merupakan keputusan bersama Biro Politik PKR yang dipengerusikan presidennya Wan Azizah serta mendapat restu daripada Anwar Ibrahim.

"Tidak benar untuk menyatakan bahawa rundingan bersama PAS merupakan keputusan Datuk Seri Azmin Ali secara individu.

“Rundingan ini merupakan keputusan bersama Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Usaha ini juga telah mendapat restu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara.

"YB Rafizi mungkin tidak menyedari hal ini kerana beliau sudah sekian lama tidak menghadiri mesyuarat biro politik," bidas Afif lagi.

Yang jelas, PKR berpecah bukan kerana isu PAS tetapi hakikatnya Rafizi sendiri yang menjadikannya berpuak-puak dan helah Rafizi sudah boleh dibaca oleh musuh politik dari partinya sendiri.

Musuh Rafizi sedang menunggu untuk meraikan hari beliau diheret ke penjara!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top