.... PKR Akan Kalah Semua Kerusi Di Selangor Jika Terus Kerjasama Dengan PAS | AAKJ



PKR akan kalah di semua kerusi yang bertanding di Selangor jika bekerjasama semula dengan PAS, lapor media PAN, Jom Channel.

Memetik pandangan Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre yang berkata kerjasama PKR dan PAS akan menyinggung perasaan pengundi Cina, yang tentu akan menjejaskan sokongan terhadapnya.

“Jika PKR berbaik semula dengan PAS besar kemungkinan pengundi Cina akan lari meninggalkan parti itu. Jika 20% saja mereka lari, PKR akan kalah di semua kerusinya di Selangor,” kata Hisomuddin.

Hisomuddin berkata kemarahan pengundi Cina terhadap PAS sudah tidak boleh diperbetulkan lagi bahkan kajian terbaru badan pemikir strategik di bawah kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE), turut mengesahkan pandangannya itu.

“IDE hanya memberikan 1% saja pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada PAS di Selangor sekarang. Jika mereka yang marah kepada PAS ini juga marah kepada PKR kerana bekerjasama dengan PAS, PKR juga akan habis,” kata Hisomuddin.

Pada PRU13, ketika PKR mendapat 80% undi Cina di Selangor, PAS hanya memperoleh purata 60% dan kini hanya tinggal 1% saja, kata Hisomuddin.



AIDC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top