.... Nothing To Hide: Kronologi Pengakhiran Perjalanan Politik Mahathir | AAKJ



Ketika majlis nothing to hide di PWTC, Mahathir sengaja timbulkan kekecohan untuk tarik perhatian rakyat Malaysia
Kabur tentang siapakah sebenarnya yang menjadi penasihat Mahathir semenjak beliau mula menyerang PM Najib hinggalah beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan partinya sendiri dan mula bergabung dengan DAP, PKR dan PAN serta menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa beliau ingin hancurkan UMNO dan BN. Sehingga kini masih belum jelas siapakah penasihat beliau nombor 1

Kalau dalam isu 1MDB jelas, Mahathir tersilap langkah kerana mendengar cerita dari Muhyiddin yang sebenarnya tidak pernah membaca pun laporan rasmi tentang 1MDB yang diserahkan kepadanya. Jadi dalam isu fitnah 1MDB sememangnya jelas bahawa Muhyiddinlah yang menjadi penasihat utamanya. Bukan sekadar salah dari segi fitnah angka malah lebih teruk kesemua penceritaan Mahathir tentang 1MDB adalah karut dan fitnah kesemuanya.

Akibat kebodohan Muhyiddin maka nama beliau di letakkan di bawah nama Wan Azizah walaupun beliau juga adalah Presiden Partinya.

Ramai yang mula mendesak, siapakah sebenarnya yang memaksa Mahathir datang ke program yang telah dijangka bahawa Mahathir akan dipermalukan di dalam gelanggang sendiri dan oleh orangnya sendiri, terutama golongan muda yang jahil tentang politik negara mereka sendiri. Dan terbukti yang hadir di program semalam adalah sebahagiannya pelajar kolej yang ada di sekitar Selangor mungkin. Kita tidak akan membicarakan isu upah dedak yang mereka dapat di sini. Tapi kehadiran anak-anak muda yang akhirnya menjadi kambing hitam mereka sendiri.

Kalau kita masih ingat. Pada program 'Nothing To Hide' siri pertama yang di adakan di PWTC. Mahathir dan sekelumit kabilah bodohnyalah yang menerjah masuk dan kononnya menguasai pentas ketika itu. Pada ketika itu, kita sepatutnya sudah jelas bahawa Mahathir dan sekelumit kabilah bodohnya mempunyai niat untuk menimbulkan kekecohan supaya nampak PM Najib dan UMNO tidak mampu berdebat dengan mereka.

Namun sebenarnya Mahathir dan sekelumit kabilah bodohnya ketika di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri juga mempunya modus operandi yang sama:-


Pengakuan dari sektariat penganjur waktu itu - Ab Jalil Backer:

Nothing to Hide dan Kerusi Terbang

Kekecohan yang berlaku petang tadi bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir.

Pada 2008 selaku salah seorang penganjur dalam program MYKMU.NET:Pilihan Raya Umum Ke-12 : Satu Penilaian” saya terpaksa naik ke pentas mengugut untuk membatalkan acara tersebut.

Majlis di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya tersebut membariskan ucaptama Tun Mahathir Mohamad dan ahli panel Dr Mohamad Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Poad Zarkashi dihadiri lebih 2000 orang.

Puncanya ada sebahagian penyokong Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menerima cadangan dari seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan, supaya Tun dan UMNO mempertimbangkan penyatuan dengan Anwar Ibrahim demi bangsa Melayu.

Beliau diserbu oleh beberapa orang yang mahu memukulnya. Mujurlah pasukan keselamatan penganjur cekap melindungi beliau dan membawa beliau keluar.

Segelintir mereka juga "memboo" pandangan Dr Khir Toyo yang tidak selari dengan pandangan Tun Mahathir.

Mereka sukar menerima sebarang pandangan yang bertentangan dengan ideologi Mahathir.

Ironinya, hari ini cadangan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dari Sekinchan tersebut diikuti oleh Tun Mahathir.

Justeru kekecohan yang berlaku hari ini tiada kena mengena dengan UMNO, tetapi kerana sikap fanatik segelintir penyokong Tun Mahathir.

Politik haiwan, bukan setakat kahak hijau, muntah najis pun mereka sanggup jilat dan hirup balik
Dari kronologi sejak zaman Pak Lah hinggalah kepada siri kedua program yang kononnya nak tunjuk berani itu maka boleh dibuat kesimpulan bahawa kemuanya adalah salah Mahathir.

Mahathir dan kekecohan tidak dapat dipisahkan cuma kita sahaja yang terlepas pandang tentang perangai sebenar Mahathir. Amalan politik haiwan beliau tidak mampu kita capai atau fikir dengan akal waras kita- sanggup hancurkan parti yang selama ini menjadikannya Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara.

Bukan itu sahaja. Beliau juga bergaduh dengan Perdana Menteri yang pertama, Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj. Bergaduh dengan Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn. Mungkin beliau sudah baca kalau beliau bergaduh dengan Tun Razak maka beliau akan bungkus awal. 

Sejarah hidupnya diselebungi dengan pergaduhan. Malah menguburkan UMNO asal juga kerana beliau bergaduh dengan Ku Li dan cara paling cepat untuk singkirkan musuhnya adalah kuburkan UMNO asal dan mendaftar UMNO baharu.

Dari hanya keluarga seorang doktor yang mempunyai klinik kecil di Pekan Alor Setar menjadi antara keluarga terkaya di Asia ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri
Dan kalau anda perhatikan, renungkan - Mahathir tidak akan sesekali bermusuh atau bergaduh dengan anak-anaknya sendiri walaupun anaknya menentang UMNO dan BN atau mungkin ketika itu anaknya Marina tidak sehaluan dengannya. Kerana baginya UMNO BN selagi boleh memberi manfaat kepadanya dan anak pinaknya maka pergunakanlah UMNO BN ini. Bila dan habis disedutnya UMNO BN dan merasakan UMNO BN tidak berguna lagi maka dengan DAP beliau sanggup bekerjasama untuk hancurkan UMNO BN. Itulah politik haiwan amalan Mahathir dan Kit Siang. Itu makanya mereka berdua serasi.

Kegagalan Mahathir untuk menggunakan anak-anak muda melalui ketua pemuda partinya sendiri semalam menunjukkan Mahathir sudah tidak mampu lagi untuk pergunakan rakyat Malaysia demi bukan sahaja survival politiknya malah lebih teruk adalah periuk nasi anak-anaknya yang dibina ketika beliau menjadi Perdana Menteri juga mungkin terjejas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri sudah mula masuk dan merampas dokumen-dokumen rasmi syarikat milik anak-anaknya - ini bukan tindakan politik, ini barangkali kerana kemewahan luarbiasa yang sering ditonjolkan oleh anak cucu Mahathir di luar negara dengan memperagakan kehidupan super mewah mereka.

Jangan salahkan orang lain kalau kita dengan sengaja menonjolkan kehidupan super mewah melalui akaun peribadi di laman sosial. Untuk apa menonjolkan beg tangan yang berharga ratusan ribu? Untuk siapa ditonjolkan pervutian di atas kapal layar peribadi yang jutaan dollar harganya? Dan salah siapa kalau jabatan cukai datang jengok kehidupan super mewah kita?
Mukhriz perlu perjelaskan harga beg tangan yang khabarnya berharga ratusan ribu
Dalam apa juga keadaan dan apa juga yang dibuat oleh anak pinanknya - Mahathir tidak akan sesekali bergaduh dengan mereka kerana apa? Kerana mereka bukan parti politik, kerana mereka darah dagingnya. Apa sahaja perlakuan mereka walaupun menentang atau bercanggah dengan UMNO BN seperti Marina, Mahathir tidak akan sesekali menegurnya.

Dari sinilah timbul cakap-cakap dari dalaman partinya bahawa kemungkinan besar, Siti Hasmah adalah penasihat utama beliau. Siti Hasmah mula berdendam sejak anak kesayangannya Mukhriz dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah oleh PM Najib.

Tidak pernah kita melihat Siti Hasmah turun secara agresif berkempen di pentas politik tetapi sejak Mukhriz dipecat, Siti Hasmah muncul di mana sahaja menemani Mahathir.

Gambar beliau turun menemani Mukhriz pada hari pencalonan Mukhriz sebagai calon BN adalah bukannya kerana Mukhriz calon BN tetapi kerana Mukhriz adalah anaknya.

Mungkin dalam hati kecil Mahathir tahu apa akan jadi kalau beliau hadir majlis buka pekung sendiri namun siapakah Mahathir untuk berkata tidak kepada arahan Siti Hasmah?

Hanya Mahathir dan Allah swt yang tahu siapakah dari kabilahnya yang begitu bodoh menasihati Mahathir dalam perjalanan politiknya yang semakin di penghujung ini.

Mungkin juga Lim Kit Siang...

Wallahhualam.

Inikah penasihat atau punahsihat Mahathir selama beliau agresif melawan PM Najib dan seterusnya melawan UMNO dan BN?






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top