.... Nothing To Hide 2: Video Detik Mula Ahli PPBM Baling Selipar, Kerusi Dan Bakar 'Flare' | AAKJ




Persoalan mula muncul dan rakyat Malaysia perlukan jawapan segera dari penganjur program bodoh ini. Kenapa Aakj kata bodoh, sebabnya mudah - program dibuat dengan perancangan untuk malukan PM Najib. Soalan 'yang penting' juga dirancang supaya memudahkan Mahathir menjawab soalan yang sudah siap sedia itu. Namun mereka tidak menjangka adanya soalan panas dari pengikut mereka sendiri.

Persoalan dari rakyat yang perlu dijawab segera oleh penganjur - kenapa ada bahan pembakar, 'flare' di dalam majlis politik sesama sendiri ini? Untuk apa bahan tersebut di program politik syok sendiri antara mereka. Apakah ini perancangan untuk 'kenakan' PM Najib sekiranya PM datang?


Video yang dikatakan bermulanya punca 'perang' sesama sendiri

Pihak polis perlu segerakan siasatan dan keluarkan kenyataan kerana sudah ada pihak menuding jari kepada UMNO, kononnya UMNO punca atau dalang di dalam insiden yang memalukan Mahathir ini. Bagaikan diusir dan dipermalukan di dalam rumah sendiri, kenapa mula menuduh orang lain?

Patutlah bersungguh-sungguh pemuda PPBM menjemput PM Najib supaya datang ke program mereka sehingga sanggup merempuh PWTC tempohari. Tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya, penyokong sendiri yang bertanya dengan ikhlas 2 soalan yang tidak mampu dijawab oleh Mahathir.

Soalan berhubung dengan insiden berdarah di Memali sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan soalan jenayah liwat yang dilakukan oleh Anwar terhadap pekerjanya sendiri.

Kedua soalan tersebut tidak mampu dijawab oleh Mahathir dan bermulalah perang sesama sendiri. (Lihat video di atas)





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top