.... New York Times Antara Penerima Dedak | AAKJ



Sudah tidak pelik apabila membaca berita atau rencana berbentuk politik dari akhbar atau laman portal internet dari negara Uncle Sam. Kredibiliti tidak lagi wujud dalam kamus kerja beritika mereka apabila mengeluarkan berita tentang negara lain. Akhirnya kita melihat adanya unsur skim dedak secara besar-besaran jumlahnya.

Akhir-akhir ini media barat yang mempunyai agenda tersendiri cuba menanam persepsi jahat mengikut skrip atau acuan tokey pemberi dedak.

Sebagai contoh, apa pun yang telah dijelaskan, malah berulang kali samada dengan secara rasmi atau di dalam mana-mana forum, isu 1MDB cuba diputar belitkan supaya jalan cerita adalah mengikut penceritaan mereka dan bukannya dari pihak yang bertanggungjawab di negara kita.

Cerita dari portal atau akhbar negara luar dijadikan 'sumber' atau 'bukti' yang sahih dan selain dari sumber yang dibekalkan oleh mereka maka tidak betul walau pun pemilik atau penulis dari media berkenaan tidak pernah datang ke Malaysia.

Melucu dan memualkan apabila ahli politik pembangkang Malaysia mengambil sumber dari media internet luar negara dan memperakuinya itu adalah sumber yang sahih lalu membawa 'bukti' dari sumber tersebut ke luar negara pula dan sekali lagi portal internet dari luar Malaysia mengatakan itu adalah 'barang bukti' kepada isu 1MDB.

Bertambah mual apabila ahli politik pembangkang di Malaysia pusing keliling kampung berceramah dengan bermodalkan salinan dari laman portal internet luar negara tersebut dan memekik memekak mengatakan bahawa itu adalah bukti sahih - gila!

Anda lupa bagaimana kita mula tahu betapa besarnya dedak media jahat barat dapat hasil daripada penipuan pemberitaan mereka?

Justo berkata Sarawak Report menjadi broker penjualan data dicuri kepada Ho dan Tong sebanyak US $ 2 juta tetapi tidak pernah membayar dan mereka mengubah dokumen. Baca selanjutnya kisah ini di SINI.


Samalah dengan kisah media New York Times malah mungkin mereka antara penerima dedak dari parti pembangkang. Media ini membantai PM Najib dan negara kita tanpa sedikit pun mempunyai bukti - skrip yang sama sahaja dengan Sarawak Report.

Allah Maha Kaya, insiden anak kapal perang milik tentera laut Amerika hilang akibat pelanggaran kapal perang mereka dengan kapal dagang di Singapura  dan Malaysia antara negara yang membantu dalam misi pencarian mangsa dari Amerika tersebut.

Dunia melihat Malaysia bukan sebuah negara pendendam dengan kebodohan media barat yang rakus dengan upahan dedak. Malaysia bukan sebuah negara yang terikut dengan rentak negara luar dalam tadbir urus negara, Malaysia punyai acuan pemerintahan tersendiri - hasilnya Malaysia masih aman.

Kos yang digunakan bukan sedikit jumlahnya dalam siri pencarian mangsa rakyat Amerika itu. Malaysia bukan jenis negara kaki komplen, Malaysia punyai rekod yang baik, terlalu baik dengan mana sahaja negara yang ingin bersahabat. New York Times patut malu.

Bukan dunia sahaja melihat bagaimana PM Najib dan negara berjaya mengurus insiden ini malah kerana itulah Presiden Trump menjemput PM Najib ke Amerika untuk bertemu sebagai perjumpaan rasmi.

Siapa yang tiba-tiba panas apabila Trump ingin bertemu PM Najib? Anda sudah boleh agak bukan? Media anti Trump-Najib bagaikan sudah kena penyakit anjing gila.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top