.... MRT: Rakaman 'Lembaga Misteri' | AAKJ





BARU-BARU ini kita digemparkan dengan kisah Annabelle yang telah ‘muncul’ di salah sebuah stesen Transit Aliran (MRT) sebagai penjaga stesen berkenaan.

Kemunculan patung berkenaan kononnya sebagai ‘pemerhati’ kepada pengguna MRT agar tidak membuat hal. Ini berikutan baru-baru ini stesen berkenaan menjadi mangsa vandalisme dan tindakan tidak bertanggungjawab pengguna.

Terbaru, muncul pula makhluk ‘penjaga’ di stesen berkenaan. Beberapa gambar kelibat lembaga putih berbungkus telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.


BACA:  Ada Hentian MRT 'Keras'?



Gambar penampakan kelibat pocong tu telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Imej itu disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas pada malam kejadian.



Kini ‘penampakan’ tersebut menjadi bualan netizen di laman Facebook, Twitter, dan tidak kurang juga di aplikasi Whatsapp.

Berikutan itu, ramai yang berasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan awam itu pada waktu malam kerana bimbang terjumpa ‘penjaga’ berkenaan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut masih belum pasti kesahihannya selain masa dan lokasi juga masih belum dapat dibuktikan.

Terdapat netizen yang beranggapan, imej tersebut telah diedit oleh orang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menakutkan orang ramai.



Selepas membuat perhatian secara telus, keadaan lantai dalam gambar yang tular adalah berbeza dengan lantai di stesen MRT.

Tetapi, ia kelihatan serupa dengan sebuah stesen LRT di Cheras!



Haaa..jaga-jaga! – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top