.... Melayu Bermentaliti “Father Knows Best”: Kenyataan Berbaur Perkauman Pensyarah UIA | AAKJ



Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan warna mereka. Ia sebuah pesan Rasulullah SAW yang dipegang kukuh dan menjadi budaya orang Melayu di mana ibu bapa mencorakkan sisi pembangunan sahsiah anak tersebut.

Walaubagaimana pun, budaya “bapa tahu apa yang terbaik” (father knows best) untuk anak-anak mereka, mendapat kritikan oleh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi panel jemputan sebuah program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) baru-baru ini.

Amalan budaya ‘ayah lebih tahu’ atau ‘father knows best’ adalah sesuatu yang tidak masuk akal menurut Dr Isham Pawan Ahmad. Dan budaya ini sangat menebal di kalangan bangsa Melayu.

Pandangan tersebut diutarakan beliau ketika membentangkan kertas kerja di forum ‘Islam, Secularism and Nihilism’ yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) yang diadakan pada 24hb Ogos lepas.

“It is totally absurd this ‘father knows best’ mentality. Malays have this so strong, ‘father knows best’ mentality. Everybody just follow.”

Beliau juga mengkritik ahli politik kita yang berpendapat bahawa rakyat Malaysia rata-rata kurang berfikiran matang. Malah, Parlimen sendiri tidak boleh berbincang perkara-perkara tertentu.

“Malaysia, of course the politicians will say that we are immature. Even in Parliament can’t discuss certain issues.”

Beliau berkata sedemikian ketika bercakap tentang kebebasan bersuara dan sama ada perbincangan bakal membawa kepada huru-hara.

Sebelum ini, di sebuah forum anjuran entiti yang sama, seorang pensyarah Indonesia dikecam keras netizen kerana berhujah seolah-oleh Al-Quran tidak relevan dan sebenarnya turun di Mesopotamia sehingga ditegur Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang antara lain kesal dengan penganjur yang ‘membawa idea-idea liberal dan sesat’ masuk ke tanahair.


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top