.... Melayu Aliran Pembangkang Sudah Bersedia Menerima Perdana Menteri Dari DAP | AAKJ



Melihat kepada senario terkini, Melayu - samada yang menjadi ahli DAP atau menjadi penyokong lama dan baru kepada DAP sudah bersedia menerima siapa sahaja menjadi Perdana Menteri asalkan ianya dari blok pakatan pembangkang termasuk yang berstatus penjenayah kejam seperti peliwat dan juga dari DAP.

Doktrin menerima siapa sahaja ini bukan proses baru dalam usaha meracun otak Melayu. Bermula daripada siri demostrasi anjuran sekelumit manusia yang berselindung di sebalik jenama 'Bersih' yang akhirnya dibuat secara bersiri - dan berselang antara Melayu dan Cina yang memimpin demostrasi tersebut termasuklah Melayu PAS ketika itu.


Akhirnya apabila Mahathir berjaya dipujuk untuk turun ke jalan raya walaupun itulah perkara yang ditentangnya selama ini - maka Melayu aliran DAP sudah boleh menerima siapa sahaja menjadoi Perdana Menteri asalkan dari blok pakatan pembangkang.

Apabila Melayu aliran DAP menerima perbuatan kurang ajar sebegini maka inilah petanda Melayu pimpinan DAP bersedia menerima siapa saja jadi PM
Kejadian pada Ahad lalu bukanlah satu kejutan kepada rakyat Malaysia yang matang dan waras politik. Itu adalah rentetan doktrin. Bukan itu kekecohan pertama yang berlaku apabila pembangkang menganjurkan sesuatu program. Hampir kesemuanya - pembangkang gagal mengawal emosi kerana kebodohan sendiri.

Kegagalan dan contoh bagaimana untuk menutup aib - proses doktrin supaya Melayu terima siapa saja pemimpin:-

Kekecohan yang sengaja dibuat oleh orang sendiri - sehingga artikel ini ditulis, Ketua Pemuda Mahathir gagal membuktikan siapa dalang. Kalau sudah dapat ditangkap, kenapa sukar untuk membuktikan bahawa individu atau suspek tersebut bukan ahli parti UMNO atau ahli parti sendiri. Zaman canggih - boleh online untuk tahu dari manakah individu yang mulakan kekecohan bodoh tersebut.

Story line dah disusun - sebaik sahaja kekecohan reda, langkah pertama adalah sidang akhbar syok sendiri antara media pro totok pembangkang dengan Ketua Pemuda Armada - apa yang keluar dari mulut ketua pemuda yang pernah kecoh isu menari dalam disko bagaikan orang mabuk ketika menghadiri pertandingan debat di luar negara satu masa dahulu. (perbetulkan kalau aakj silap) -Syed disko terus memberikan persepsi bahawa Mahathir adalah sasaran balingan objek dengan menggunakan ayat niat untuk mencederakan Mahathir. Padahal balingan tersebut adalah ke arah yang bertanyakan soalan yang tidak mampu dijawab oleh Mahathir.

Dalam masa yang sama, Azmin Ali Menteri Besar Selangor yang berjaya singkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan tersebut lontarkan kenyataan liar bahawa PM Najib perlu bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Anda nampak bagaimana mereka menyusun skrip fitnha demi menutup aib kegagalan program.

Merogol jantan satu jenayah tidak masuk akal, merogol melalui lubang dubur adalah jenayah yang kejam dan merogol jantan yang merupakan pekerja sendiri suatu jenayah teramat kejam
Muhyiddin juga panggil sidang media syok sendiri dan mula memfitnah PM Najib kononnya hairan kenapa PM tidak datang ke majlis tersebut. Taktik bodoh - buat program, letak gambar PM Najib dan Mahathir dan kutuk PM Najib kerana tidak hadir. Aakj pun boleh buat - letak gambar Aakj dan Mahathir dan cabar Mahathir supaya datang jelaskan isu berhubung pendirian beliau dalam kes jenayah Anwar. Adakah Anwar meliwat atau tidak? Soalan mudah dan jawapannya sudah ada di Penjara Sungai Buluh. Kalau Mahathir datang maka Aakj dapat bonus dan kalau Mahathir tidak datang maka Aakj akan maki Mahathir 40 hari 40 malam kerana dayus, pengecut, penakut dan segala macam makian yang rasa sedap keluar dari mulut - mudah bukan?

Rakyat Malaysia yang waras sudah jelas apa perjuangan parti-parti yang berada di dalam kelompok pembangkang:-

1. DAP - Lim Kit Siang hampir tumbang di gelanggang sendiri - berapa kali pemilihan pucuk pimpinan terpaksa diadakan, dua kali yang pertama - tidak sah kerana wujudnya elemen pengundi hantu dan akhirnya pemilihan yang ketiga akan diadakan tidak alam lagi - ini pun ada masalah kerana mereka mua menyusun juru audit yang bakal mengira undi adalah dari orang kuat Lim Kit Siang. Di sini Melayu aliran DAP kekal angguk kepala kerana doktrin menerima siapa sahaja ketua sudah meresap jauh ke dalam otak mereka. Penjenayah - samada besar atau kecil - mereka tidak peduli.

Lim Guan Eng - sedang menunggu proses perbicaraan di mahkamah di atas dua pertuduhan rasuah dan kalau ini berlaku kepada pemimpin UMNO BN yang mana sudah lama berlaku - mereka akan letak jawatan walaupun mereka ketika itu berjawatan Menteri Besar dan belum diputuskan samada bersalah atau sebaliknya.

2. PKR - Hanya untuk Anwar kekal di garis masa politik Malaysia dan alat untuk doktrin bahawa Anwar adalah mangsa politik, mangsa konspirasi politik UMNO. Bagaimana air mani Anwar melompat masuk ke dalam dubur mangsa? 

Akhirnya  pengikut dan penyokong serta ahli PKR sudah boleh menerima - "itu cerita lama", "itu hal personal life" - asalkan Anwar boleh memimpin maka kita terima.

3. PAN - Siapa tidak kenal Mat Sabu dan kisah cinta di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan - khabarnya suami Norma bagi penumbuk kat muka Mat Sabu di lobi hotel tersebut apabila Mat Sabu turun bersama isterinya. (betulkan aakj kalau silap) Ini pun Melayu aliran DAP terima dengan bangga sebagai pemimpin No 1 PAN parti serpihan PAS yang mendakwa mereka lebih Islam daripada PAS.

4. Parti Mahathir - tidak perlu bercerita panjang, kita tahu kenapa Mahathir menggila keluar dari UMNO setelah kecewa tidak dapat menumbangkan PM Najib dari dalam UMNO. Selepas keluar, Mahathir bersama dengan Lim Kit Siang, dari luar Mahathir menyerang UMNO BN dan bukan lagi menjadikan PM Najib sebagai sasaran utama.

Dan kesimpulannya, kesemua Melayu yang memimpin parti atau pemilik parti akan akur dengan keputusan DAP tentang siapa yang bakal ditunjukkan nanti sebagai Perdana Menteri. Bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP jauh lebih banyak dari PKR, PAN dan PPBM. Siapa menang banyak, dia yang membuat keputusan.

Perkara mudah bagi DAP untuk mencipta sejarah adalah dengan meletakkan Melayu ahli parti DAP sebagai Perdana Menteri - Lim Kit Siang sudah tahu bahawa kesemuanya, Anwar, Mahathir dan Mat Sabu akan angguk saja.

Kita tunggu dan lihat nanti barisan calon-calon dari DAP yang akan bertanding di PRU ke 14 akan datang.

Ada perjanjian sulit antara beliau dan Mahathir dan kemungkinan besar adalah berkenaaan anak masing-masing supaya terjamin kedudukan apabila mereka sudah meninggal dunia?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top