.... Mekah, Madinah Bukan Tempat Suci Dalam Islam – Dr Heba Raouf | AAKJ



Mekah dan Madinah bukan tempat suci dalam Islam. Kenyataan tersebut dibuat Dr. Heba Raouf Ezzat, seorang penceramah sains politik dari Universiti Kaherah, Mesir.

Heba Raouf membuat dakwaan tersebut ketika berucap sebagai ahli panel dalam forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk "The Bond of the Umma in a Changing World", yang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 7 Ogos baru-baru ini.

Heba Raouf turut mendakwa masjid juga bukan tempat suci di dalam Islam. "Kita tidak mempunyai tanggapan ini di dalam Islam." Heba Raouf antara lain menegaskan bahawa, apa yang suci adalah manusia itu sendiri.

Konsep suci atau 'muqaddas' itu tidak ada di dalam Islam, dan apa yang dikatakan sebagai 'haram' itu bermakna tempat yang aman di mana perbuatan jahat adalah dilarang.

"Perkataan 'muqaddas' tidak digunakan untuk merujuk kepada mana-mana tempat di dalam Islam. Perkataan yang digunakan adalah 'haram' apabila kita merujuk kepada Mekah, kawasan Kaabah, dalam Qur'an menyatakan tempat itu sebagai 'al-haram', tempat yang suci, kawasan di mana perbuatan jahat adalah dilarang, ianya tidak disebut sebagai tempat yang suci mahupun tempat yang kudus," tegas Heba Raouf.

Beliau menyatakan masalah yang dihadapi apabila menterjemahkan buku Ziauddin Sardar dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab kerana tajuk bukunya adalah 'Mecca: The Sacred City'. "Saya ada masalah dengan Bahasa Arab.

Bagaimana boleh saya menterjemahkannya? Kerana ianya bukan 'muqaddas' (suci), ianya tidak boleh diaplikasikan kepada Islam, tetapi mungkin boleh diaplikasikan ke atas agama lain."

Sebelum itu pada satu forum lain anjuran IRF, bertempat di Royal Selangor Gold Club, pada 5 Ogos lalu, Heba Raouf mendakwa bahawa ulama jarang membangkitkan isu pengambilan tanah dan hanya memfokuskan hujah-hujah mereka kepada badan-badan wanita sahaja.

"Di mana ulama sekarang? Kenapa mereka tidak membicarakan pengambilan hartanah sebanyak mana mereka membicarakan badan wanita?," tegas Heba Raouf. 

AAKJ: Kenyataan bodoh dan sesat dari seorang yang kononnya dalam bidang akademik. Terjemahan dan tafsiran adalah dua perkara berbeza. Belajar bidang lain dan cuba jadi pakar segalanya.


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top