.... Majlis Perasmian ECRL Tiada Bendera Malaysia? | AAKJ




Tuduhan Terhadap Majlis Perasmian ECRL Adalah Tidak Benar

Tengah viral kenyataan dari pihak Perkasa mendakwa bahawa projek ECRL yang dirasmikan PM tiada banner dan jurucakapnya dalam bahasa China. Kononnya negara sudah dijajah kata mereka.

Tuduhan ini tidak benar kerana gambar gambar yang dipaparkan oleh pihak yang menuduh adalah semasa semua jurutera CCCC datang untuk meraikan kedatangan pengerusi mereka, bukannya PM. Itu adalah di majlis yang berasingan di sebelah pagi dalam acara berasingan yang bukan melibatkan PM.



Pada majlis sebenar, ianya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bersalaman dengan Kaunselor Negara China, Wan Yong pada majlis pecah tanah projek ikonik Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam majlis perasmian ini, ada bendera Malaysia dan ada pengerusi majlis yang berbahasa Malaysia dan Mandarin pada seluruh majlis.









Ucapan PM terus diterjemahkan ke bahasa Mandarin kepada semua delegasi China menerusi "headseats" dipakai oleh mereka.

Turut hadir di majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Senang kita membuat tuduhan dan bermain sentimen, namun kita harus tanya kembali orang yang lemparkan tuduhan itu benar benar berada dalam majlis atau tidak? Atau hanya membuat analisa hanya di papan kekunci sahaja.

Usahlah mensabotaj pelaburan besar dan baik untuk rakyat Pantai Timur ini. Bila siap kelak, ramai yang dapat manfaatnya sama seperti yang sedang warga kota rasai sekarang menerusi MRT pada hari ini.


Bendera syarikat adalah majlis lebih awal Syarikat CCCC menyambut Pengerusi mereka sehari lebih awal ke tapak projek yang masih ada disitu.
Dengar baik baik video ini, bahasa apa yang pengerusi majlis ini cakap?

Lihat video di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top